[PROMOSI] - THE BEAUTIFUL WASHING MACHINE


2005

7 April 2005
Mula ditayangkan di pawagam GSC e-cinema secara serentak di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.


2004

15 Oktober 2004
The Beautiful Washing Machine - setelah ditayangkan selama 5 hari pada penghujung September lalu, BWM akan ditayangkan sekali lagi pada 17 Oktober ini. Bertempat di Actor's Studio Bangsar, tayangan akan bermula pada 6.30ptg dan 9.30mlm.
http://beautifulwashing.doghouse73pictures.com

- tak dapat tengok filemnya, tengok trailer pun jadilah! Trailer filem dalam format Windows Media Player ini panjangnya 3.5 minit dan bersaiz 2.6MB (right-click and save as)
http://www.cathay.com.sg/keris/movie trailers/trailer.WMV

25 September 2004
Mengakhiri sebulan yg sibuk dalam arena filem tempatan. Sejak tayangan perdana PGL pada 25 Ogos lalu, dan kini muncul pula sebuah filem independen yg ditayangkan secara tertutup dgn promosi yg begitu terhad. Kali kedua saya ke KL dalam masa sebulan. The Beautiful Washing Machine (BWM) ditayangkan di HELP Institute. Pemandu teksi itu bertanya "ada kelas ke?" - Err.. tak, ada.. err.. - "perjumpaan?" - Aa.. ya, perjumpaan. Kalau kata nak menonton filem, nanti macam tak reti nak bagi penjelasan pula. "Ha, pergi tangga tu, turun bawah". Mana la saya tahu tempat tayangan ni, mengelirukan. Mungkin sebab tu tak ramai penonton luar mahu datang tayangan sebegini. Dalam HELP Institute: OK, kat sini la nak tonton BWM ni. OK, itu James Lee pengarah filem ini. Lambat lagi nak mula ni, lepak sekejap kat ruang legar. Ada jual VCD filem pendek, mesti beli ni. Ramai juga penonton malam tu, walaupun sebenarnya saya diberitahu kalau hari2 lain dewan ini boleh penuh dgn penonton. Teori saya yg menjangkakan faktor pertembungan masa dgn Anugerah Era mungkin juga betul. BWM adalah sebuah filem yg pada saya eksperimental juga. Ketika menonton saya tak sedar yg saya pernah menonton arahan James Lee dalam Visits, 2 minggu lepas. Saya agak memang inilah gaya arahan James Lee, memang dia gemarkan watak2 pendiam agaknya. Watak lelakinya pula semuanya kaki rokok. Dari segi ceritanya, filem ini tidaklah terlalu mengelirukan sebenarnya (untuk babak2 awal). Saya sukakan perkaitan antara gadis misteri dengan mesin basuh itu. Agak tidak real, tapi memang itulah yg diinginkan oleh filem ini. Ia tidak bercerita secara terus terang, dan tidak hairanlah kiranya pihak pengedar dan pawagam tidak berminat terhadap BWM ini. Tambahan pula, sepanjang filem ini tidak banyak muzik digunakan untuk menghidupkan lagi lakonan dan juga suasana sesebuah babak itu. Itulah komplen utama saya, dan saya bertanya tentang ketiadaan muzik ini dalam sesi soal jawab selepas tayangan tamat. Bagi saya muzik mempunyai kekuatan utk menghidupkan lagi sesebuah filem, ia dapat menyalurkan emosi dalam lakonan dengan lebih berkesan. Tapi, utk BWM ini itu tidak menjadi keutamaannya. Kebanyakan adegan terasa kosong, macam hidup dalam satu dunia yg tak hidup. Walau bagaimanapun, apa yg saya dapat tahu, memang itulah yg diperlukan oleh BWM kerana ia memang satu kisah yg terasing, dlm satu dunia yg terasing. Dan kerana itu jugalah saya suka adegan yg hampir di penghujung cerita di mana si bapa terlantar di hospital dan si anak bercengkerama atas mesin basuh dgn si gadis misteri, ketika itu muziknya masuk dan kamera bergerak ke belakang dan -sekurang-kurangnya saya seorang- dapat merasakan apa yg sepatutnya dirasakan ketika itu. Terasa seperti ada seseorang sedang memerhatikan si anak dan gadis misteri, dan merelakan apa yg dia (dan kita) lihat. Tapi, itu cumalah pandangan saya, seorang penonton yg sebenarnya begitu keliru setelah tamat filem ini, dan mungkin juga wakil kepada penonton lain yg sama2 meninggalkan dewan pada malam minggu itu dgn wajah yg penuh dgn tanda soal (?)
**

24 September 2004
Filem terbaru The Beautiful Washing Machine sedang ditayangkan di Institut HELP Kuala Lumpur bermula pada 22 September lalu dan akan berakhir pada 26 September nanti.

13 September 2004
The Beautiful Washing Machine merupakan antara 5 buah Filem Malaysia yang akan ditayangkan di Singapura bermula Rabu minggu depan sempena Pesta Tayangan Filem Malaysia anjuran Cathay Singapore. Filem lain yang turut terpilih ialah Spinning Gasing, Bukak Api, Paloh dan Sepet.

3 Mac 2004
THE BEAUTIFUL WASHING MACHINE - filem independen digital ke-4 arahan James Lee. Menariknya kali ini ialah kerana filem ini mendapat sentuhan Teoh Gay Hian - pengarah fotografi yg menang banyak award, tapi kali ini memberikan sokongannya kepada sebuah filem independen yg berkos rendah dan cuma menggunakan rakaman dalam bentuk video. Filem ini akan menyertai Festival Filem Antarabangsa Singapura bermula 15 April nanti.
http://www.geocities.com/doghouse73/bwm_page.html



www.filemkita.com © 1999-2005 khys