[LAIN-LAIN] - INDEPENDEN


2005

20 Mei 2005
Akhirnya! Dah lama aku tunggu siapalah yg akan bangkitkan perkara ni. Maksud aku pasal kolum Sinema Baru tulisan Noor Azam tu. Memang semakin agak kurang berisi dan mengulang-ulang isu yg sama. Setiap minggu aku tunggu kolum tu dan berharap dapat baca sesuatu yg baru, tapi tiada. Paling teruk minggu lepas bila kolum tu terpaksa menyiarkan surat Mansor Puteh utk memenuhkan ruang. Apa sangatlah isu yg ditimbulkan oleh Mansor sampai perlu disiarkan tulisannya? Tapi, mungkin juga disebabkan Mansor sendiri semakin bosan dengan isu yg sama, jadi dia kritik sikit dan akhirnya surat dia terus tersiar. Sekiranya ada respon pembaca terhadap kritikan pendek Mansor, mungkin dapatlah Sinema Baru kupas isu baru agaknya. Itulah mungkin apa yg diharapkan.

Aku suka apa yg Andak ketengahkan (macam mana dapat tonton Lampu Merah Mati lebih awal?), dan juga ulasan filem independen terbaru berjudul Monday Morning Glory (Lampu Merah Mati) yg akan ditayangkan pada hari Ahad (22 Mei) nanti di Actors Studio KL. Mungkin lepas tu nanti ada banyak lagi pendapat tentang filem tu, mungkin penonton lain dapat menonton ia melalui pandangan yg berbeza? Aku memang tak sabar nak baca pendapat pengkritik2 filem Malaysia tentang filem tu sebab dah banyak baca komen orang putih saja.

Cuma, itulah kan, pasal Sinema Baru dan Noor Azam, ia seolah-olah tidak mahu mengkritik dan cuma mahu memberi imej yg hebat2 saja terhadap Sinema Baru dan filem2 independen. Kritikan itu bagus sekiranya mahu melihat Sinema Baru lebih maju dan bukan hanya mahu menerima dan menganggap filem independen kita tiada kelemahan langsung apalagi bila dapat menyertai festival antarabangsa. Selalu-selalulah kritik apa saja yg nampak tak kena dalam 'sinema baru', kalau tak tentu karyawan baru kita akan leka dengan sinaran lampu dari luar.

Dengan itu, aku setuju dengan pendapat Mansor Puteh mengenai isi kandungan filem2 indepeden yg tidak berciri keMalaysiaan. Itu kritikan yg jujur dengan harapan yg satu, iaitu mahu melihat Filem Malaysia maju.

Kita tunggu sesuatu yg baru dalam Sinema Baru Ahad nanti (mungkin Mansor Puteh dapat kolum baru di muka sebelah? hahaha... i wish!)

7 April 2005
The Beautiful Washing Machine
- mula ditayangkan di pawagam GSC e-cinema Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

10 Mac 2005
First Take, Final Cut
- mula ditayangkan di pawagam GSC e-cinema Pulau Pinang.

7 Mac 2005
Amir Muhammad The Movies: Apakah itu Malaysia, bagaimanakah rupanya Tokyo, dan siapakah dianya Indonesia? Enggak tahu? Ingin tahu? Menjemput para Mat-Mat dan Minah Bangsar serta sekalian rakyat Malaysia, ke tayangan filem-filem berikut: The Big Durian, Tokyo Magic Hour dan The Year Of Living Vicariously (a.k.a filem-filem yang bertajuk pelik - jangan bimbang, semuanya berbahasa melayu)

Pada: Ahad 13 Mac 2005 di Actors Studio Bangsar, Bangsar Shopping Centre, KL.
Bayaran masuk: RM20.00 untuk 3 filem (harganya lebih kurang macam beli 3 vcd filem cetak rompak)


Maklumat lanjut, masa & tempoh tayangan di...
mesej ini

24 Februari 2005
Chemman Chaalai - mula ditayangkan di pawagam GSC e-cinema Pulau Pinang.

13 Januari 2005
Chemman Chaalai - mula ditayangkan di pawagam GSC e-cinema Kuala Lumpur.


2004

21 Oktober 2004
First Take, Final Cut
- mula ditayangkan di pawagam GSC e-cinema Kuala Lumpur.

15 Oktober 2004
Tokyo Magic Hour - filem eksperimental arahan terbaru Amir Muhammad akan ditayangkan sepenuhnya buat pertama kali, bertempat di Actor's Studio Bangsar pada 31 Oktober ini. Tayangan bermula 6.30ptg dan 8.30mlm (sebarang perubahan akan diumumkan kemudian)
http://www.doghouse73pictures.com/tokyo_page.html

1 Oktober 2004
Sanctuary - filem terbaru arahan Ho Yuhang. Akan ditayangkan di festival filem antarabangsa tidak lama lagi.
http://www.doghouse73pictures.com/sanctuary_page.html

Room to Let - filem independen pertama yg dikeluarkan dalam bentuk VCD. Arahan James Lee. Pernah ditayangkan di saluran Astro. Orang kata filem ni boring! 2 Discs, RM15, akan ditonton.
http://www.doghouse73pictures.com/room_page.html

Bukak Api - tolong la jangan tanya lagi tentang VCD filem ni. Filem Bukak Api TIDAK dikeluarkan dalam VCD. Berita terkini, versi asal filem ni (tanpa potongan) yg dah banyak kali tayang secara tertutup di Malaysia, nampaknya telah tidak lepas untuk tayangan di Singapura baru-baru ni. Betapa dahsyat tak dahsyatnya filem ni! Walau apa pun, diulangi sekali lagi, TIADA VCD Bukak Api.

PETIKAN MENARIK (temubual):
Nurjehan Mohamed (New Sunday Times, 26 Sept): "What is the direction of our independent film makers?"
Wong Tuck Cheong (Kelab Seni Filem Malaysia): "I think they should make more mainstream films - ones which appeal to more people. Perhaps making films that are not so personal. By personal, I mean a film with a topic that you really like very much and express in your own way and is like a personal vision, a personal concept. When this kind of film gets shown, it's not accessible to many people compared to a mainstream film. A mainstream film is one that has got elements which appeal to many people. Our independent guys should make more mainstream films without losing their artistic touch. In Malaysia, it is important for this to happen because this will produce a new generation of films"

24 September 2004
Tidak berada di pasaran. Beberapa VCD filem independen tempatan (termasuk filem pendek) sedang dijual sempena tayangan filem terbaru The Beautiful Washing Machine di Institut HELP Kuala Lumpur bermula pada 22 September lalu dan akan berakhir pada 26 September nanti.

26 Ogos 2004
Visits: Hungry Ghost Anthology - mula ditayangkan di pawagam GSC e-cinema Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

20 Julai 2004
Tokyo Magic Hour: AKAN DITAYANGKAN - 31 Julai. Untuk peminat filem independen, terutama sekali filem yg berbentuk ekperimental, maksudnya filem yg memaparkan sesuatu yg di luar dari kebiasaan (mungkin juga dari segi cerita, gaya/wajah dan matlamatnya) - mungkin anda mahu lihat filem ini. Tokyo Magic Hour (TMH) akan ditayangkan buat pertama kali pada tarikh tersebut iaitu bersempena KL International Literary Festival yg berlangsung mulai 29 Julai hingga 1 Ogos nanti. Ini bukanlah tayangan secara umum, sesiapa yg berminat silalah menghubungi pihak penganjurnya. Oleh kerana Festival ini menumpukan kepada aspek penulisan, maka sebuah bengkel yg memperkatakan tentang penulisan skrip (lakonlayar) turut diadakan bagi mengupas filem TMH ini. Jangan bimbang sekiranya terlepas tayangan kali ini kerana tayangan selanjutnya mungkin akan menyusul, tetapi bila? Jadilah yg pertama menyaksikannya. Maklumat lanjut terdapat di laman web Festival. "Oh ya!" pengarahnya ialah Amir Muhammad. Pelakonnya - tiada?
http://www.silverfishbooks.com/kllitfest2004/index.html#amir

9 - 13 Jun 2004
Malaysian Independent Film Festival - berlangsung di Pulau Pinang.


2003

Tayangan tertutup
First Take, Final Cut

Gedebe
The Big Durian


2002

Tayangan tertutup
Room To Let


2001

2 Ogos 2001
Dari Jemapoh Ke Manchestee - mula ditayangkan di pawagam sekitar Kuala Lumpur.

Tayangan tertutup
Ah Beng Returns
Snipers


2000

6 November 2000
Filem bahasa Inggeris buatan Malaysia, Lips To Lips sedang bertanding dan ditayangkan di Hawaii Film Festival. Semoga mereka berjaya dan semoga kita dapat menontonnya kelak:

Lips To Lips merupakan sebuah filem Malaysia berbahasa Inggeris yang terpilih mewakili negara dalam Festival Filem Antarabangsa Hawaii yang bermula awal bulan ini dan juga sedang berlangsung sekarang. Lips To Lips diarahkan oleh Amir Muhammad memulakan tayangan pertamanya (world premiere) di festival tersebut. Lips To Lips juga merupakan filem digital pertama buatan Malaysia. Semoga mereka yang terlibat berjaya mengharumkan nama negara dan yang paling penting semoga rakyat Malaysia berpeluang menonton filem tersebut - khys


Tayangan tertutup

Bukak Api

Lips to Lips



www.filemkita.com © 1999-2005 khys