[LAIN-LAIN] - FESTIVAL & ANUGERAH


2005

21 September 2005
Anugerah ERA 05 - Cuma nak bagi tahu pada siapa-siapa yg belum tahu. Pilihan pendengar/penonton yg paling banyak ialah utk filem Sepet. Tapi, rasanya patut juga umumkan kedudukan ranking 2-5, boleh juga buat kajian sikit pasal citarasa penonton ni.. sebab rasa macam pelik sikit la. Kalau tengok dari segi box-office, sebenarnya Sepet adalah yg paling sikit, maksudnya penonton Sepet di pawagam adalah paling sikit. Macam mana pula ramai penonton boleh undi Sepet ni? Adakah ramai pengundi ni semuanya penonton VCD saja ke? Jangan diorang ni undi saja tau, tapi sebenarnya tengok yg cetak rompak sudah la...

14 September 2005
2nd Malaysian Film Festival - 23 hingga 26 September 2005 di Cathay Cineplex Orchard, Singapura. Filem-filem yang akan ditayangkan ialah Monday Morning Glory, Visits: Hungry Ghosts Anthology, Buai Laju Laju, Kaki Bakar, Gol & Gincu, Sanctuary, Aandal, Chemman Chaalai. Maklumat lanjut di...
link

6 September 2005
Festival Filem Pelajar - Warga Pulau Pinang, saksikan tayangan filem-filem menarik di Universiti Sains Malaysia bermula esok hingga Jumaat. Saya amat menantikan Malaikat Di Jendela dan Sanctuary, tapi apakan daya... takkan nak ponteng kerja! Takpa lah, mungkin lain kali. Senarai filem dan maklumat lanjut di...
link

2 September 2005
Anugerah ERA 05 - Kategori Pilihan Kaki Wayang. Calon-calonnya ialah Gangster, Puteri Gunung Ledang, Sembilu 2005, Senario XX dan Sepet. Tunggu keputusannya: Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu, 17 September 2005, 8.30 malam.
http://www.era.fm/oap/05/AE05

1 September 2005
50th ASIA PACIFIC FILM FESTIVAL - Nominations
Kuala Lumpur, September 28th - October 1st, 2005
Calon-calon dari Malaysia ialah Gangster, Puteri Gunung Ledang, Qaisy & Laila (Filem Cereka); Dewa Panah, Temenggor Biodiversity In The Face Of Danger, Pua (Filem Pendek/Dokumentari); Olsh, Qursany, The Evolution Issue (Filem Animasi). Calon-calon dari lain-lain negara boleh dilihat di...
http://www.50apff.com/nominations.asp

3 Ogos 2005
ANUGERAH SKRIN KE-7, 2005 - secara langsung di TV3, 26 Ogos, 9 malam. PGL lawan Sepet lagi? Erm.. mungkin tidak, sebab kali ni kita ada best of the best. Sebab tahun lepas takde Anugerah Skrin ni, jadi filem-filem 2003 & 2004 pun layak bertanding. Ada Berlari Ke Langit, Buli, Paloh, Trauma, PHSM dan Buai Laju-Laju. Walau bagaimanapun, cuma 5 anugerah bagi kategori filem akan dipertandingkan dan paling menarik ialah ada anugerah Filem Independent Terbaik (tapi calon2nya tak diumumkan, kalau mengikut rekod tahun lepas, The Beautiful Washing Machine layak menang kot). Download klip telefilem2 yg bertanding di laman web...
http://anugerahskrin.tv3.com.my

FESTIVAL FILEM ASIA PASIFIK KE-50, 2005 - Sepet tak mau masuk? Apa ni... tak aci aaa cam ni! Masuk la Sepet, masuk la. Kalau Indonesia hantar Tentang Dia (kalau la..), Sepet mesti masuk. Jangan bagi depa menang. Malaysia yg buat festival ni, Malaysia la kena menang. Di manakah semangat 'malaysia boleh' kita? Bila lagi kita akan dapat peluang terbaik cam ni, dgn filem terbaik cam Sepet tu, inilah saja satu-satunya FFAP yg kita berpeluang nak dapat award Filem Terbaik. Nantikan FFAP bulan depan..
http://www.50apff.com

15 Julai 2005
FFM18 - selepas baca The Star baru dapat tahu berita terkini yg agak kontroversi ni. 3 pelakon Indonesia turut tercalon dlm kategori pembantu, semuanya melalui PGL (Christine Hakim, Alex Komang, Slamet Rahardjo). Laman webnya pun sudah update dgn nama2 tu. Mungkin mereka sudah berdaftar dgn persatuan filem di Malaysia? Atau memang dibenarkan sejak dulu? Atau ini adalah pertama kali dibenarkan, sebab kita dah menuju 'era globalisasi'? Apahal pun, mereka ni semua adalah pesaing kuat dlm kategori masing2. Selain tu, nama Rahim Razali (PGL) pun sudah ada dlm website, kategori pembantu juga. Saingan semakin sengit...

21 Jun 2005
Festival Filem Malaysia ke-18, 2005 (FFM18) - Analisis Calon
Senarai calon-calon yang akan bertanding sudah pun disiarkan di laman web rasmi FFM. Untuk mengetahui senarai lengkap dan maklumat lanjut, sila layari...
http://www.mff.com.my

"Calon-calonnya adalah..."

Filem Terbaik:
AH LOK KAFE, AKU NO. 1, BIAR BETUL, CINTA FOTOKOPI, CINTA LUAR BIASA, DI AMBANG MISTERI, GANGSTER, GK3 THE MOVIE, HINGGA HUJUNG NYAWA, I KNOW WHAT YOU DID LAST RAYA, KEMARAU CINTA, KULIAH CINTA, LADY BOSS, MAKAR, PONTIANAK MENJERIT, POTRET MISTIK, PUTERI GUNUNG LEDANG, QAISY & LAILA, SEMBILU 2005, SENARIO XX, SEPET, SH3, TAK ORI TAPI OK, TANGKAI JERING, TUJUH PERHENTIAN

* Ada 25 filem yg akan bertanding. 8 belum sempat saya tonton, jadi analisis ataupun ramalan ini mungkin tak begitu menarik kerana terpaksa mengabaikan filem-filem itu (CINTA FOTOKOPI, POTRET MISTIK, SEMBILU 2005, TUJUH PERHENTIAN, KEMARAU CINTA, LADY BOSS, PONTIANAK MENJERIT, QAISY & LAILA). Walau bagaimanapun, saya akan cuba menonton 8 filem itu sebelum 16 Julai nanti.

Pengarah Terbaik:
* Walaupun ada 25 filem, tapi kategori ini cuma ada 15 calon, sebab Razak Mohaideen saja pun sudah bertanding melalui 8 filem. Sementara Aziz M. Osman, Silver Chung & Yusof Haslam masing-masing dengan 2 filem. Jadi, kategori ni mungkin tak begitu susah nak pilih pemenang. Yasmin Ahmad adalah satu-satunya pengarah wanita kali ini. Adakah Yasmin akan menjadi pengarah wanita kedua selepas Shuhaimi Baba yg berjaya dlm kategori ini? Mungkin pencabar terdekatnya ialah Raja Ahmad Alauddin (Qaisy & Laila) ataupun Saw Teong Hin (PGL)

Pelakon Lelaki Terbaik:
* Sekarang ni, tak ramai pengarah yg berlakon watak utama dlm filem sendiri. Kali ini ada 2 pengarah yg turut dicalonkan sebagai Pelakon Terbaik iaitu Aznil (Aku No 1) & Badul (Tak Ori)
* Pelakon utama mungkin ada lebih dari seorang dlm sebuah filem, contohnya filem Biar Betul di mana Afdlin Shauki dan Saiful Apek dicalonkan serentak dlm kategori pelakon utama lelaki. Filem Pontianak Menjerit juga ada 2 calon utk kategori ini iaitu Azlee Senario & Zed Zaidi.
* Sesuatu yg menarik, 3 org anggota Senario dicalonkan utk pelakon utama dlm 3 buah filem yg berasingan, iaitu Mazlan (I Know WYDLR), Wahid (Senario XX) dan Azlee (Pontianak Menjerit). Tambah menarik bila bekas anggota Senario, Yassin dan Saiful juga tercalon utk watak utama dlm filem yg berasingan.
* Kali ini ada 3 pelakon cina berpeluang menang kategori ini iaitu Vincent Chong (Sembilu 2005), Leonard Tan (Ah Lok Kafe) & Ng Choo Seong (Sepet)
* Soalan terpenting, apakah peluang M. Nasir (PGL) dlm kategori ini? Bagaimanakah watak Hang Tuah dibandingkan dengan Jason (Ng Choo Seong dlm Sepet)? Yg mana lebih bagus, yg mana lebih layak?

Pelakon Wanita Terbaik:
* Pemenang tahun lepas, Nasha Aziz bertanding dlm 3 filem (Cinta Luar Biasa, Tak Ori, Kemarau Cinta). Mungkin dia takkan menang utk kali kedua walaupun saya rasa watak dlm 3 filem itu semacam mahu mencabar, tapi tak sekuat lakonan dia dlm Trauma.
* Erra Fazira juga dicalonkan dlm 3 filem (7 Perhentian, Kuliah Cinta, HHN). Saya belum tonton 7 Perhentian, tapi mungkin juri berminat dgn watak Erra yg berubah-ubah dlm HHN terutama sekali watak tua. Tapi, sebenarnya Erra tua dlm HHN masih kurang berkesan, terutama suaranya yg semacam kurang bersungguh-sungguh.
* Selalunya bagi Pelakon Harapan, sama ada mereka akan terus dpt watak utama yg kuat, ataupun terus tenggelam bersama populariti. Kali ini ujian utk Fazura, pelakon harapan tahun lepas. Mungkin watak dia dlm Senario XX tak memerlukan lakonan yg kuat, tapi lakonan dlm Qaisy & Laila mungkin ada sesuatu. Mungkin kita dpt tonton Laila hujung bulan ini utk menilai lakonan Fazura sebelum FFM18 nanti.
* Nama-nama popular memang menarik utk diperkatakan, tapi saya lebih tertarik dgn kejutan 3 orang calon berikut, iaitu Khatijah Tan (Potret Mistik; saya masih mencari masa utk menonton), Syanie (Biar Betul; ada sesuatu) & Siti Elizad (Gangster; calon yg mungkin dipandang sebelah mata sebab wataknya tidak dikupas dgn mendalam oleh penulis skrip walaupun lakonannya menarik). Hebatkah lakonan mereka utk layak bergelar pelakon terbaik walaupun tiada nama yg besar?
* Seperti biasa, soalan yg tidak kurang pentingnya, apakah peluang Tiara Jacquelina (PGL) dlm kategori ini? Adakah watak Gusti Putri ada pencabarnya? Bagaimana sekiranya dibandingkan dengan watak Orked (Sharifah Amani dlm Sepet)? Siapa lebih kuat, siapa lebih gagah?

Lakon Layar Terbaik:
* Calon yg paling banyak filem ialah Azahari Zain dengan 6 filem, semuanya arahan Razak Mohaideen. Selain itu utk 2 lagi filem Azahari dicalonkan bersama dengan Razak Mohaideen. Dgn keupayaannya membuat lakon layar yg banyak, Azahari sudah sepatutnya keluar dari kepompong Metrowealth dan cuba mencari nama sendiri. Walaupun ada 8 filem, tiada satu pun yg nampak kekuatannya.
* 3 terbaik mungkin PGL, Sepet, Qaisy & Laila. Tetapi jangan lupa, tahun lepas Buli, sebuah kisah komedi, dengan kreativiti yg menonjol berjaya dlm kategori ini, mengalahkan calon kuat, Paloh! Bagaimana tahun ini, adakah PGL begitu memberikan sesuatu yg diperlukan oleh juri? Mungkin Sepet nampak lebih berkesan walaupun ada juga kebiasaannya sebagai sebuah kisah cinta.
* Filem Makar dan Di Ambang Misteri tak tercalon dlm kategori ini.

Sinematografi Terbaik:
* Zainal Othman dicalonkan dlm 8 buah filem, semuanya arahan Razak Mohaideen. Zainal pernah menang 5 kali dlm kategori ini, semuanya utk filem2 bagus dan hebat. Tapi, sekarang ini nampaknya Zainal lebih mementingkan kuantiti? Adakah dlm 8 filem itu akan tersangkut satu, kerana Zainal memang terbukti antara yg terbaik walaupun sudah lama dulu. Adakah sentuhannya sudah kurang, jadi dia mengejar kuantiti pula? Bolehkah muncul sebuah anugerah Sinematografi Terbaik melalui filem2 popular arahan Razak? Semoga juri boleh menilai dengan jujur, bukannya berdasarkan rekod para pemenang yg lepas.
* Seorang lagi calon yg semakin meningkat ialah Indra Che Muda, dicalonkan melalui 4 buah filem, termasuk Qaisy & Laila yg dikatakan sebagai hasil penggambaran yg mencabar, selain menggunakan teknologi penggambaran terkini.
* PGL adalah pemenang kategori ini? Seakan hampir pasti.... tapi, tiada apa yg pasti buat masa sekarang.
* Jarang sekali pengarah filem turut dicalonkan dlm kategori ini. Anwardi Jamil dicalonkan melalui Ah Lok Kafe.

Cerita Asal Terbaik:
* Walaupun filem Makar dan Di Ambang Misteri tiada calon dlm kategori lakon layar, tapi 2 filem itu dicalonkan dlm kategori cerita asal.
* Penulis yg dulunya selalu suka kritik filem, Saniboey dicalonkan melalui skrip 7 Perhentian, tapi bolehkah dia menandingi PGL hasil tulisan Mamat Khalid?
* Razak Mohaideen mendapat pencalonan paling banyak utk cerita asal iaitu melalui 4 buah filem. Alangkah baiknya sekiranya 4 filem itu mengetengahkan idea-idea asal lagi bernas yg menonjolkan sesuatu yg baru, dan tidak hanya mengulang-ulang formula lama sepertimana Yusof Haslam. Mungkin Razak bukanlah seorang pencerita yg mahu bercerita, tetapi cuma mahu para pelajar dan krewnya mempunyai kerja utk dibuat.

Penyunting Terbaik:
* Paling banyak dicalonkan ialah Mariam Ibrahim melalui 7 buah filem.
* Pengarah yg terkenal sebagai penyunting filem, Aziz M. Osman & Meor Hashim Manap turut dicalonkan.
* Calon utk filem PGL ialah Kate James (orang putih ke?)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik:
*Ada 9 pelakon yg memegang watak utama dlm sesebuah filem dan telah dicalonkan dlm kategori pelakon utama, dan dlm masa yg sama, 9 pelakon ini turut berlakon watak pembantu dlm filem lain. Inilah yg dinamakan pelakon popular. Jadi, kalau tak berjaya utk watak utama, mereka semua masih berpeluang utk kategori pelakon pembantu ini. Mereka ialah Azlee, Mazlan, Zed Zaidi, Yassin, Wahid, Saiful, Farid Kamil, Khai & Yusry. Berkemungkinan besar, semuanya takkan menang.
* Ada 4 filem yg mempunyai 2 orang calon pelakon pembantu iaitu Gangster (Hasnul Rahmat & Aqasha), Biar Betul (Yassin & Wahid), Sepet (Harith Iskandar & Linus Chung) dan Potret Mistik (Khai & Farid Kamil). Walau bagaimanapun, utk PGL cuma Adlin Aman Ramli dicalonkan dlm kategori ini. Mungkin ramai yg sangka Rahim Razali boleh tercalon, tapi nampaknya bendahara tak boleh menyamai kuasa sultan.
* Calon-calon penting pilihan saya ialah, Abu Bakar Omar (HHN; dah sampai masanya dia menang, memang watak ni bagi kesan yg kuat pada cerita, terutama sekali kesan pada watak utama Erra), Eman Manan (Kemarau Cinta; saya belum tonton, tapi reputasi Eman membuatkan saya tak sabar nak tonton, mungkin juri juga berharap yg sama?), Radhi Khalid (Qaisy & Laila; belum tonton, tapi ulasan mengatakan lakonannya macam gempak)
* Sekali lagi, filem Makar & Di Ambang Misteri tiada calon utk kategori ini, membuatkan saya mengesyaki sesuatu... (tapi, mungkin memang benar tiada calon yg layak daripada 2 filem ini, ini semua salah Tomok!)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik:
* Calon pilihan saya, dan mungkin juga pilihan ramai ialah Adibah Noor (Sepet; walaupun watak agak kurang, tapi lakonan real), Sofia Jane (PGL; watak yg agak dalam), Khatijah Tan (HHN; akhirnya pelakon lain semuanya pun kalah, kalau tidak juri terpaksa bagi alasan 10 mukasurat sebab apa watak mak Erra ni tak boleh menang)
* Calon yg tak disangka-sangka boleh tercalon ialah Rina Khan (Tangkai Jering; berapa minit je dia ni berlakon?) dan Linda Onn (Biar Betul; dia ni memang betul-betul berlakon, dia berjaya menampakkan yg dia sedang berlakon)
* Calon-calon yg takkan menang tapi aku tetap suka ialah Khaty Fuziah (Aku No 1; watak entah apa2 kalau nak kaitkan dgn jln cerita, tapi watak dia menarik dan lakonan dia best) dan Siti Fazurina (Senario XX; bla bla bla bla, bla bla, bla bla bla)
* Erra dicalonkan utk watak pembantu dlm 3 filem (I Know WYDLR, Sembilu 2005 & Lady Boss), itu bukti yg Erra bukan hanya memilih watak utama, tapi Erra patut mula fikirkan juga tentang pentingnya watak pembantu, iaitu bukan hanya sekadar watak tempelan, tapi membantu dlm perjalanan cerita itu. Watak pembantu dlm ketiga-tiga filem itu tidak membawa apa-apa makna dlm karier lakonan Erra, kecuali menambah popularitinya dan juga jumlah akaun banknya.
* Ida Nerina dicalonkan dlm 2 buah filem, Sepet & Ah Lok Kafe. Aksi tidur atas kerusi, main kejar-kejar keliling meja, main-main atas katil dan nangis-nangis dlm kereta bukanlah lakonan terbaik atau kedua terbaiknya. Lebih teruk aksi mak datin rambut palsu berbahasa manglish yg entah apa-apa dlm Ah Lok Kafe.
* Ada 2 filem yg mempunyai 2 orang calon pelakon pembantu iaitu Sepet (Ida Nerina & Adibah Noor) & Pontianak Menjerit (Sheila Rusly & Juliana Banos)
* Ada 3 pelakon yg telah dicalonkan dalam kategori pelakon utama melalui filem lain, dan utk kategori pelakon pembantu ini mereka dicalonkan sekali lagi melalui filem lain pula. Mereka ialah Erra, Syanie & Khatijah Tan.
* Sama seperti kategori pelakon pembantu lelaki, filem Makar & Di Ambang Misteri tiada calon yg dirasakan sesuai bagi pelakon pembantu wanita.

Skor Muzik Asal Terbaik:
* Sesuatu yg mengejutkan, ada 2 filem yg tidak tercalon dlm kategori ini iaitu Sepet & GK3 The Movie. Adakah ini satu kesilapan?
* Calon yg paling banyak bertanding ialah Azman Abu Hassan melalui 3 filem.
* Calon pilihan ramai dan mungkin menjadi perhatian utama para juri sudah tentunya M. Nasir & Tan Yan Wei (PGL) dan juga muzik yg belum dapat kita dengar hasil kerja Ayob Ibrahim melalui filem Qaisy & Laila (Ayob menang kategori ini tahun lepas melalui filem Paloh). Jadi, adakah pemenang 2 kali melalui kategori ini, M. Nasir dapat membuktikan yg sentuhan epiknya melalui PGL sememangnya hebat, atau dia perlu masuk akademi untuk belajar lagi?
* Calon lain yg menarik perhatian saya, sekurang-kurangnya utk menonton filem itu sekiranya belum ialah, Hattan (7 Perhentian), Julfekar (Cinta Luar Biasa) dan Shamril Salleh (Gangster)

Penataan Bunyi Terbaik:
* Ada 3 filem tak tercalon iaitu Di Ambang Misteri, Makar dan Tak Ori Tapi OK. Ini tiga-tiga filem memang sound trouble nih! Ni mesti kesan bunyi copy paste ni, lepas tu rakam suara macam siri jepun. Tidak layak.
* Calon pilihan ramai dan bekas pemenang kategori ini Azman Abu Hassan kali ini bertanding melalui 5 filem. Bekas pemenang juga, Hasmy Kamal turut hebat dengan 4 filem. Tapi, sekiranya dilupakan rekod kemenangan mereka, mungkinkah calon-calon baru berpeluang menang? Cuma mungkin pengalaman orang lama akan banyak membantu.
* Calon utk filem PGL ialah Shaun Gregory (sorang lagi orang putih kot. entah le, mungkin boleh kot)

Penataan Seni Terbaik:
* Ada 3 filem tak tercalon iaitu Di Ambang Misteri, Makar & Biar Betul (arahan Aziz M. Osman tak tercalon dlm kategori ni, apa dah jadi?)
* Hashim Rejab dicalonkan melalui 7 filem! Jangan tanya siapa dia, tapi Metrowealth suka ambil dia utk 7 filem tu, mungkin sebab tu kita boring tengok filem arahan Razak, banyak aspek yg sekadar bagi ada, termasuklah penataan seni. Semuanya pekerja biasa, bukan karyawan.
* Pemenang kategori ini melalui filem Leftenan Adnan, Nazrul Ashraff kali ini dicalonkan melalui filem Cinta Luar Biasa. Luar biasa atau biasa?
* Kerja penataan seni utk filem Sepet dilakukan oleh pihak Add Audio Post Sdn Bhd, iaitu calon utk kategori ini. Antara hasil yg terbaik dan patut menang.
* Selain itu, pencabar yg paling mencabar bagi Sepet ialah PGL (Hasnizar Ithnin) dan Qaisy & Laila (Najib Noh). Walau bagaimanapun, sedangkan penonton biasa juga mampu mengkritik penataan seni dlm PGL, jadi sekiranya PGL tewas dlm kategori ini, mungkin boleh menjangka sebuah anugerah juri utk usaha hebat membina set dan props juta-juta itu. Qaisy & Laila masih menanti utk dinilai, mungkin tak sehebat PGL dan Sepet, tapi mungkin tak terlalu mengecewakan.

Pelakon Harapan Lelaki:
* Ada 9 filem yg tiada calon dlm kategori ini! Itu bermakna, 9 filem berikut kebanyakannya cuma berharap kepada para pelakon sedia ada dan popular semata-mata. Filem-filem yg tidak dicalonkan ialah Biar Betul, Di Ambang Misteri, Gangster, GK3 The Movie, I Know WYDLR, Makar, Pontianak Menjerit, PGL dan Senario XX. Filem sebesar PGL itu pun tiada calon pelakon harapan.
* Filem remaja SH3 mempunyai 2 calon iaitu Zain Ruffedge & Opie Zami (walaupun Opie pelakon lama, mungkin pihak penganjur ada sebab mencalonkannya. Zain pula kurang berharapan kerana filem itu sendiri agak lemah)
* Calon-calon yg agak mengejutkan saya ialah Zed Zaidi (Aku No 1; bukankah dia sepatutnya ber'harapan' melalui Bisikan Remaja, Bicara Hati, GGPR dan mungkin juga Sembilu 2005 yg saya belum tonton?), selain itu Ako Mustapha dicalonkan melalui aksi slapstiknya dalam Cinta Luar Biasa. Mungkin FFM18 kekurangan calon kategori ini akibat 9 filem diatas, dan akhirnya terpaksa memasukkan calon-calon yg kelihatan lebih berharapan melalui filem-filem lakonan mereka dalam tahun-tahun yg lepas.
* Calon-calon pilihan terbaik kategori ini ialah Ng Choo Seong (Sepet; dan pemenangnya ialah...), selain itu mungkin pencabar terdekatnya ialah Jehan Miskin (Qaisy & Laila; belum tonton tapi boleh mengharapkan sesuatu)
* Apa maksudnya jika seorang pelakon baru itu dicalonkan dalam kategori pelakon harapan melalui 4 buah filem? Itu maksudnya dia sepatutnya sudah terlalu bagus. Farid Kamil dicalonkan dlm kategori ini melalui 4 buah filem, tapi kesemua filemnya masih di tahap kurang memuaskan. Dia sepatutnya memilih untuk berlakon dengan watak-watak yg betul-betul mencabar, dan bukannya watak-watak yg seakan-akan mencabar. Ramai yg komen mengenai bakat lakonannya yg dikatakan mempunyai harapan cerah, tapi kerana terikat dengan mentornya (tunjuk ajar ku sifu..) Razak Mohaideen, jadi bakatnya kelihatan kurang menyerlah, kerana dia perlu sedar yg Razak dan Metrowealth bermatlamat besar dlm perniagaan dan bukannya seni. Mungkin dia lebih suka menjadi popular, kerana itu sememangnya amat mudah berbanding utk menjadi yg terbaik.
* Yassin Yahya dicalonkan melalui filem Kuliah Cinta. Saya rasa dia patut dicalonkan melalui watak utamanya dlm Tangkai Jering yg lebih menonjolkan bakat komedinya berbanding watak sampingan yg dibayangi Saiful Apek dlm Kuliah Cinta itu. Dia ni ada harapan, tapi tak nampak sangat melalui Kuliah Cinta. Kalau bukan Tangkai Jering pun, dia patut dapat pencalonan dlm Biar Betul, baru betul.

Pelakon Harapan Wanita:
* Ada 8 filem yg tiada calon dlm kategori ini. Itu bermakna, 8 filem berikut kebanyakannya cuma berharap kepada para pelakon sedia ada dan popular semata-mata. Filem-filem yg tidak dicalonkan ialah Aku No 1, Biar Betul, Di Ambang Misteri, Lady Boss, Makar, PGL, Qaisy & Laila dan Tak Ori Tapi OK.
* Pelakon baru yg mendapat pencalonan melalui 2 buah filem ialah Waheeda (I Know WYDLR & 7 Perhentian) dan Zarina AF (Cinta Fotokopi & Pontianak Menjerit). Mungkin mereka takkan menang sebab watak tak kuat atau pengarah kurang bagus.
* Calon-calon yg agak mengejutkan saya ialah Pushpa Narayan (Gangster; watak entah apa-apa, macam mana boleh dicalonkan?), Vanida Imran (HHN; pelakon Perempuan Melayu Terakhir dicalonkan utk pelakon harapan? tambahan pula wataknya dlm HHN memang tiada apa-apa yg boleh diperkatakan), Zahnita Wilson (Kuliah Cinta; sekadar tayang muka, bolehkah jadi pelakon harapan? adakah kerana dia tewas melalui GGPR dulu, jadi peluang kedua dibuka kepadanya?). Ini semua mungkin utk mengisi tempat yg dikosongkan oleh 8 filem di atas.
* Calon-calon pilihan terbaik kategori ini ialah Sharifah Amani (Sepet; ya dia memang petah berdialog, tapi adakah cuma utk watak remaja seperti dirinya? walau apapun, sememangnya dia adalah pelakon muda paling diharapkan utk masa depan. mungkin watak2 mencabar akan menyusul selepas ini, maksud saya selepas dia mendapat anugerah ini. jadi, dia perlu jadi pemenangnya), Misha Omar (GK3 The Movie; mungkin dia nampak terlalu mencuba, tapi sekurang-kurangnya dia mencuba. untungnya ialah kerana dia mendapat watak yg menonjol, terima kasih pada Yusof Haslam yg membentuk wataknya, walaupun agak biasa, tapi situasi jalan cerita berjaya menyerlahkan bakatnya), Darling Ngasri (SH3; watak dia dlm filem ini macam nyawa filem ini. dia ni memang berpotensi, sama macam adik beradiknya yg lain. tapi, adakah dia perlu terus jadi sama macam mereka yg sebelumnya, tidak dihargai, tidak diberi peluang, dilupakan. sayang juga kalau peluang itu cuma muncul dlm filem-filem yg tak bermaya seperti SH3)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik:
* Saya sangkakan tiada calon, tapi ada juga 6 calon, itu pun nampak seakan sekadar melengkapkan kerusi-kerusi kecil yg kosong.
* Calon pilihan ramai pastinya anak Sultan dlm filem PGL tu. Tapi, dia takkan menang. Ya, dia nampak yakin masa masuk mengadap Sultan, tapi takkan kerana itu saja dia sudah jadi pelakon kanak-kanak terbaik? Kalau dia menang, dia memang hebat, sebab selalunya kanak-kanak menang kategori ini kerana mereka pandai berdialog, tapi tidak anak Sultan itu.
* Paling tak disangka ialah calon pelakon kanak-kanak dalam filem Tak Ori Tapi OK (adakah yg berlakon sebagai anak Badul tu? macam tu pun boleh tercalon. nampak je kanak-kanak, terus layak masuk bertanding. macam tu ke?). Seorang lagi yg dicalonkan ialah dlm filem Gangster, pelakon yg jadi anak Rosyam dan Umie Aida tu (bapa nak beli kereta? bapa nak beli kereta apa? bapa, bila kita nak pindah rumah? kita nak pergi mana ni bapa? bapa, beli la kereta baru...). Tolonglah, oi.
* Saya belum tonton Kemarau Cinta. Pelakon kanak-kanak, nama dia Raja Fiqri dicalonkan juga.
* Pilihan terbaik yg saya terlupa sebab filemnya terlalu teruk, tapi watak kanak-kanak itu dan lakonannya boleh tahan ialah melalui filem Ah Lok Kafe lakonan Shawn Lee (mungkin dia boleh menang, walaupun tiada lakonan hebat, tapi dia memang selamba). Sorang lagi yg saya belum tonton tapi mengharapkan sesuatu ialah dari filem Qaisy & Laila, lakonan Tengku Nurnatasha sebagai adik Qaisy.

Lagu Tema Asal Terbaik:
* 7 filem tidak dicalonkan mungkin kerana tiada lagu tema asal yg dicipta khusus. Filem yg tidak dicalonkan itu ialah Di Ambang Misteri (filem thriller biasanya tiada lagu), GK3 The Movie (nak guna lagu Misha jer), I Know WYDLR (malas cipta lagu, nak jimat kos, sedangkan ini filem raya, patut terkenal dgn lagu), Makar (satu lagi thriller), Pontianak Menjerit (filem hantu komedi, patut takde lagu kot), Sembilu 2005 (nak guna lagu Vince jer), Senario XX (bukan lagu tema dia popular ke? atau itu lagu lama dari album Senario?)
* Metrowealth ni walaupun dia sejenis dgn Yusof Haslam, tapi dia takde la berminat nak ambil lagu-lagu penyanyi popular utk jual filem dia atau nak popular dengan jalan singkat. Metrowealth ni boleh dikatakan bagus dari segi ini sebab ada inisiatif utk mencipta lagu-lagu tema asal (walaupun lagu dia sejenis jer). Jadi, banyak lagu yg dicalonkan dlm kategori ni adalah dari filem-filem seperti Cinta Fotokopi (3 lagu), Kuliah Cinta (2 lagu) & Tangkai Jering (2 lagu)
* Lagu pilihan saya ialah Cengkaman dari filem Gangster. Tapi, lagu rock takkan menang kot.
* Lagu pilihan ramai sudah tentulah Bagai Sakti (PGL; M. Nasir pula tu yg cipta. sudah la dia dah banyak kali menang kategori ni. memang sah la ni). Satu lagi yg tak popular sangat tapi macam ok la ialah lagu Warkah Buatmu Laila (Qaisy & Laila), tapi tak pasti la pula siapa cipta lagu tu.
* Filem Sepet pun dicalonkan utk kategori ni, tapi tak pula dinyatakan tajuk lagu, mungkin muzik tema je kot? Sebab lagu-lagu dia banyak lagu cina je, itu pun bukan dicipta khas utk filem ni. Tak tahu la pula lagu mana yg dicalonkan tu.
* Filem Biar Betul mancalonkan lagu berjudul Dengarlah. Tapi, tak pernah dengarlah pula lagu tu, ada dlm filem ke?
* Akhir sekali, calon paling kontroversi sekali rasanya ialah lagu Seiring Sejalan dari filem Cinta Luar Biasa. Biar betul, itukan lagu asal dari filem Hapuslah Air Matamu? Takkan filem Cinta Luar Biasa takde lagu lain?

Itu lah dia... sekian.

3 Jun 2005
Festival Filem Malaysia ke-18 - Tarikh tutup penyertaan filem cereka sudah pun berlalu. Ada sedikit perubahan dlm senarai filem yang sah akan bertanding. Laporan dalam akhbar nampaknya kurang tepat, ada yang tulis cuma 23 filem bertanding, ada pula yg tulis filem Gila Bola pun masuk. Tapi, setelah melihat senarai terkini dalam laman web rasmi, jumlah filem tetap sama, iaitu 25. Perubahan ialah pada judul filem.

Filem yg tidak akan bertanding ialah Gila-Gila Pengantin Popular dan KL Menjerit 1 (adakah ini strategi mengaut anugerah dlm FFM19 2006? mungkin mereka tak mahu kes Berlari Ke Langit berulang lagi tahun ini bila Rosyam dan Bade terpaksa bersaing dengan lain2 filem hebat macam tahun lepas bersama Paloh? kesannya agak kuat bila BKL kurang penonton, sebab ia ditayangkan dlm masa yg sama dgn FFM)

Filem yg baru masuk senarai bertanding ialah 2 buah filem lama, Kuliah Cinta dan Di Ambang Misteri (la, 2 filem ni belum bertanding tahun lepas?)

23 lagi filem yg bertanding ialah:
Ah Loke Kafe, Aku No. 1, Biar Betul, Cinta Fotokopi, Cinta Luar Biasa, Gangster, GK3 The Movie, Hingga Hujung Nyawa, I Know What You Did Last Raya, Kemarau Cinta, Lady Boss, Makar, Pontianak Menjerit, Potret Mistik, Puteri Gunung Ledang, Qaisy & Laila, Sembilu 2005, Sepet, SH3, Senario XX, Tak Ori Tapi OK, Tangkai Jering, Tujuh Perhentian

28 Mei 2005
More good ideas: 'Anugerah kembara' - Penganjur FFM ni macam tak pernah terfikir utk meluaskan lagi skop penghargaan, atau buat sesuatu bagi meningkatkan taraf sebuah festival filem.

Anugerah kembara (AIM dah guna nama ni, jadi FFM perlu cari nama lain) mungkin agak terlambat utk baru diwujudkan. Tapi, perkembangan terkini di mana semakin banyak filem2 Malaysia mula menjelajah dunia mungkin adalah masa yg paling sesuai utk mewujudkan penghargaan sebegini.

Ya, saya pun baru baca mengenai kejayaan PGL mendapat hak tayangan di beberapa negara luar. Memang satu kejayaan yg besar. Patut ada satu penghargaan khas pada team PGL.

Kalaulah 'anugerah kembara' ni dah lama wujud dlm FFM, mungkin akan lebih menggalakkan karyawan kita utk meluaskan lagi pasaran filem mereka dan mengembangkan kerjaya mereka di luar negara dgn membawa nama Malaysia. Mungkin nama2 seperti Shahril Ibrahim (special effect filem2 Hollywood), Tsai Ming Liang (anak Sarawak), Michelle Yeoh dan lain2 boleh lebih dikenali ramai dah tidak lagi sesuatu yg janggal utk menyebut mereka berasal dari Malaysia. Tak mustahil kejayaan mereka di luar negara akan menyumbang sesuatu kepada perkembangan filem Malaysia. Apabila mereka tak dipedulikan dan tak dihargai, bolehkah kita utk mengharap kerjasama mereka bagi memajukan filem Malaysia? Bukanlah mengharap sebegitu, tetapi tidak wajar juga usaha mereka dipandang sebelah mata.

Dengan tiadanya pengiktirafan seumpama ini jugalah usaha U-Wei bersama Kaki Bakar seakan tak diiktiraf. Sudahlah filem tu tak diterima bertanding dlm FFM, sedangkan itulah filem yg pernah mendapat perhatian tertinggi dunia ketika itu. Ya, Finas pernah bagi anugerah khas pada U-Wei dan Kaki Bakar dlm satu majlis kecil yg berasingan. Tapi, kan lebih baik sekiranya U-Wei mendapat pengiktirafan itu dlm FFM sendiri. Baru betul.

Jadi, kewujudan 'anugerah kembara' dlm FFM memang bagus, supaya tidak lagi kita terlepas peluang dlm menghargai bakat2 terbaik yg kita ada. Tak perlu tunggu hingga mereka layak mendapat Anugerah Karyawan Veteran, kerana ketika itu mereka mungkin tidak lagi mampu berkarya, mungkin hanya mampu aktif dlm persatuan.

26 Mei 2005
ANUGERAH KATEGORI BAT LATIFF (artikel tersebut disiarkan oleh Harian Metro pada 22 Mei 2005). Saya amat tak bersetuju dgn cadangan utk tukar kategori Pelakon Kanak-Kanak Tebaik kepada Anugerah Bat Latiff. Penulis artikel itu sendiri telah berkata: "Silapnya kita masih menilai Bat Latiff kanak-kanak, walhal Allahyarham sudah merentas remaja dan akhir hayatnya kian mencecah setengah abad"

Jadi, kenapa masih menganggap Bat Latiff itu sesuai utk mewakili pelakon kanak-kanak? Kenapa masih meletak imej kanak-kanak pada nama Bat Latiff? Kenapa ingin teruskan kesilapan itu?

Saya rasa ada baiknya kita fikirkan semula mengenai penting atau tidaknya kategori pelakon kanak-kanak berbanding untuk memberi nama baru yg hanya bertujuan utk mengenang seorang 'bekas kanak-kanak' (sori, kalau ini terlalu kasar)

Kenapa wujudnya kategori pelakon kanak-kanak, tetapi tidak wujudnya kategori pelakon tua (ok, kita ada anugerah pelakon veteran, itu cerita lain)? Sebabnya ialah utk menghargai golongan pelapis yg boleh diharapkan. Golongan pelakon pelapis. Jadi, kanak2 sepatutnya menjadi golongan pelapis, tapi betul ke? Apa yg sebenarnya terjadi ialah golongan pelakon kanak2 itu bukanlah profesional, mereka cumalah datang ketika kecil dan menghilang ketika besar. Setakat manakah golongan pelakon kanak2 itu mampu memberi sumbangan yg lebih terhadap pembangunan filem mahupun aspek lakonan?

Apa yg saya perhatikan setakat ini, pelakon kanak2 hanya akan kekal sebagai pelakon kanak2 (ok, kita ada Aziz M. Osman yg berjaya dari kecil hingga kini, tapi itu tak boleh dijadikan ukuran kerana terlalu sedikit orang filem seperti Aziz). Pelakon kanak2 walaupun mendapat anugerah pelakon terbaik, tapi mereka takkan kekal lama dan tak boleh diharapkan utk menjadi pelakon pelapis. Zaman membesar mereka selalunya akan mengubah haluan mereka. Jadi, walau setinggi mana pun kita menghargai pelakon kanak2, akhirnya tiada hasil utk jangka masa panjang.

Bukankah lebih baik sekiranya wujud kategori terbuka utk pelakon muda (golongan pelapis), contohnya dari usia kanak-kanak hingga remaja. Jadi, peluang utk menghargai bakat pelakon pelapis akan lebih luas dan tidak hanya terhad kepada pelakon kanak2 yg mana seperti disebutkan di atas, mereka bukanlah pelapis sebenar, berbanding remaja contohnya yg lebih berpotensi menjadi pelakon dan karyawan filem akan datang kerana usia mereka telah membolehkan mereka utk menetapkan arah tuju hidup mereka. Pelakon kanak2 selalunya ditetapkan haluan hidup mereka oleh ibubapa, jadi kita tidak patut mengharapkan mereka sebagai golongan pelapis.

Mungkin ada yg akan kata yg pelakon remaja sudah boleh bersaing dalam kategori Pelakon Harapan. Sebenarnya kategori pelakon harapan itu pun adalah terbuka utk golongan yg sudah dewasa, jadi peluang menghargai bakat pelakon muda terutamanya remaja adalah agak tertutup apabila bersaing dengan watak2 penting yg selalunya diberikan kepada pelakon dewasa.

Kita juga sering melihat kategori Pelakon Kanak2 Terbaik tiada pemenang. Pelakon yg sudah remaja pula tidak layak lagi diberi penghargaan, tambahan pula dalam anugerah Pelakon Harapan juga mereka terpaksa bersaing sengit dengan pelakon dewasa seperti dijelaskan di atas. Jadi, kenapa menyekat penghargaan kepada para pelakon muda hanya kepada kanak2. Bukankah merugikan, apa lagi bila menukar nama anugerah kepada Anugerah Bat Latiff, tapi tiba2 saban tahun tiada pemenangnya, atau lebih teruk lagi, terpaksa memilih mana2 pelakon kanak2 hanya utk anugerah tersebut. Sedangkan dalam masa yg sama, kita boleh menghargai pelakon remaja lain yg juga berpotensi besar, tapi disekat peluang mereka.

Satu lagi persoalan, masih wujudkah anugerah pelakon kanak2 dalam Festival Filem Asia Pasifik (FFAP)? Ianya sudah terang lagi bersuluh kenapa kategori tersebut sudah tak mendatangkan faedah dalam jangka masa panjang. FFM sudah sepatutnya mula memikirkan utk memberi penghargaan yg lebih meluas dan tidak hanya terhad seperti sekarang.

Kesimpulannya, tak perlulah utk menukar nama anugerah kategori Pelakon Kanak2 Terbaik kepada nama Anugerah Bat Latiff hanya kerana:

  • Bat Latiff pernah menang kategori pelakon kanak2 dalam FFAP

  • Bat Latiff sudah meninggal dunia dan tak pernah diberi penghargaan, dan trofi FFAP itu pun disimpan oleh penerbit filem

  • kategori Pelakon Kanak2 Terbaik dlm FFM sudah kurang pemenangnya, jadi namanya perlu ditukar?

Lagipun, bukankah nama Anugerah Bat Latiff itu kurang sampai maksudnya? OK, Bat Latiff pernah jadi kanak2, jadi Anugerah Bat Latiff itu adalah merujuk kepada zaman kanak2 dia saja? Atau boleh juga kalau kita menafsirkannya sebagai Bat Latiff seorang remaja, atau Bat Latiff pelakon dewasa (dia juga berlakon zaman dewasanya, tapi tiada anugerah), atau mungkin nama anugerah itu mempunyai maksud memberi penghargaan kepada kerjaya penari sepertimana Bat Latiff juga? Jadi, nama itu memang mengelirukan. Sama juga seperti nama Anugerah P. Ramlee yg tak berjaya ditingkatkan prestijnya oleh FFM. Nama anugerah patut sampai kepada maksudnya.

Cadangan saya sekiranya FFM tidak ingin lagi menggunakan nama atau kategori Pelakon Kanak2 Terbaik, jangan hanya tukarkan namanya saja. Apa kata kalau luaskan skop penghargaan itu kepada pelakon remaja juga. Tapi, sudah tentunya nama Anugerah Bat Latiff tidak sama sekali sesuai. Mungkin anugerah bintang muda ke, atau nama2 lain yg lebih terbuka. Jangan pula nanti wujudnya kategori Anugerah Eman Manan (utk pelakon lelaki terbaik, sebab dia menang 3 kali, tapi nama ini cuma boleh tukar lepas dia sudah tiada atau bersara), lepas tu ada pula Anugerah Erma Fatima (utk pelakon wanita), atau Anugerah Mat Sentol (utk pelakon komedi), atau lebih dahsyat lagi Anugerah Teoh Gay Hian utk para pengarah fotografi!! Kepada FFM, jangan mulakan trend ini. Jadilah penganjur yg profesional dan bukannya berbuat sesuatu hanya kerana rasa bersalah apabila tidak pernah menghargai mereka yg masih ada. Jangan sampai FFM tenggelam dalam nostalgia. Kalau Anugerah Bintang Popular atau Anugerah Era hendak menamakan kategori Anugerah Erra Fazira atau Anugerah Saiful Apek (sudah tentunya selepas mereka tiada), biarkan. Contohilah Anugerah Industri Muzik yg mempunyai Anugerah Seri Wirawa, dan kenanglah kesilapan atau belajarlah sesuatu daripada kewujudan Anugerah P. Ramlee.

Saya sudah ramalkan tiada pemenang Pelakon Kanak2 Terbaik tahun ini. Kalau nama anugerah ditukar, tapi tiada pemenang? Wow, tak sabar nak tunggu FFM18!

Tapi, saya sangat setuju kalau dlm FFM18 nanti ada segmen penghargaan kepada Bat Latiff (DAN pelakon kanak2 terbaik yg lain) melalui satu persembahan atau anugerah khas.

NOTA TAMBAHAN:
Hari ni, Harian Metro sudah pun menyiarkan persetujuan ramai karyawan yg mengangguk setuju (Sokong anugerah BAT LATIFF; Harian Metro 26 Mei 2005). Mungkin ada ramai juga yg tidak setuju tapi pandangan mereka tak disiarkan, mungkin kerana takde maknanya kalau nak tidak bersetuju pun. Atau sememangnya semua orang setuju (kecuali saya)

20 Mei 2005
Ramalan Festival Filem Malaysia ke-18: bagus jugak ni, walaupun terlalu awal. Ada beberapa filem lain yg mungkin bakal mencabar, tapi belum confirm dapat masuk atau tak, contohnya Bade's Castello dan Afdlin's Baik Punya Cilok. Kita tunggu je pengumuman selepas tarikh tutup penyertaan hujung bulan ni.

Apapun, good prediction. Mesti ramai yg harap KL Menjerit 1 (KLM1) akan mencabar sebab KL Menjerit pernah dapat filem terbaik. Aku sebenarnya agak 'takut' utk menonton KLM1, sebab berkemungkinan akan gagal sepertimana filem2 sambungan yg lain, tambahan pula prequel.

Rosyam Nor (Gangster) memang cerah peluang utk dapat award. Apek akan mencabar? Hmm.. menarik, sebab watak dia dlm Cinta Luar Biasa memang ada sikit perasaan la kan, bukan komedi je.

Kalau watak pembantu tu, Adlin Sultan Melaka (PGL) macam layak je. Kalau sebaliknya Rahim Razali (PGL) yg dapat watak pembantu terbaik, mungkin Adlin akan dapat Pelakon Harapan kot.

Aku baru je lepas tengok Hingga Hujung Nyawa (akhirnya aku tengok!), tak tahu bila nak komen. Tapi, Erra boleh dapat pencalonan akhir kot. Kalau aku kata Tiara (PGL) pasti dah confirm menang amacam? Watak2 lain semuanya macam wanita2 bercinta yg biasa sesangat dan suka menangis semuanya. Watak PGL memang bagus la kan? Mantap gitu.

Watak pembantu wanita yg paling kuat tentulah Christine Hakim (PGL). Tapi, karyawan luar boleh bertanding ke? PGL mungkin terlepas banyak award sebab guna karyawan luar.

Cerita Asal, PGL boleh menang ke? Kita takde lagi anugerah karya adaptasi utk cerita macam tu. Cerita asal Sepet pun takde apa sangat la kan, tapi Lakonlayar dia yg mendalam tu mungkin berpeluang menang. Apapun, juri FFM selalunya buat kejutan utk 2 kategori ni. Ingat Seri Dewi Malam dan Buli. So, biasanya cerita2 yg luar dari kebiasaan atau banyak ciri kreatif akan menang. Cerita2 macam percintaan yg dah biasa macam Kemarau Cinta atau Qaisy & Laila agak macam susah sikit rasanya nak dapat perhatian. Tak tahulah kan, mungkin 'Qaisy' adalah cerita cinta yg 'luarbiasa' sikit.

Orked (Sharifah Amani dlm Sepet) dah tentu Pelakon Harapan. Yasmin (Sepet) dah tentu Pengarah Harapan. Kalau cam tu, siapa pengarah terbaik? Jeng, jeng jeng...

11 Mei 2005
Pasal kekeliruan format filem dan video dlm pembikinan sesebuah karya:
Ya, memang tak sepatutnya membeza-bezakan format filem. Hanya kerana perkataan "Filem" itu telah dipilih untuk digunakan (kerana medium awalnya lebih seratus tahun dulu adalah menggunakan gulungan filem, dan sekarang ini gulungan filem itu sudah boleh digantikan dengan pita video digital pula) - jadi, takkanlah sebuah karya dalam format video digital tak diiktiraf sebagai karya filem hanya kerana formatnya menggunakan video? Itu semua cumalah medium utk menyampaikan sesebuah karya filem.

Mungkin pihak penganjur festival berasa sedikit janggal untuk mengatakan yang filem (err... video?) Visits ialah sebuah filem sebenar, kerana ia sememangnya tidak menggunakan filem dalam pembikinannya. Memang logik juga la, kalau ramai yg masih merasakan perkataan Filem itu masih merujuk kepada bahan atau benda yg digunakan (macam Kodak yg kita selalu gunakan, itu memang filem). Tapi, pada pendapat saya Filem sebenarnya bermaksud sebuah karya seni. Ia cumalah perkataan yg dipilih sebab pada zaman awal dulu tiada cara lain selain menggunakan medium filem. Jadi, sekarang ini, sudah tercipta video digital. Tapi, saya tetap akan mengatakan yg (video) Chemman Chaalai itu ialah sebuah filem (maksudnya sebuah karya seni). Memang mengelirukan. Orang putih pun sudah mencipta perkataan movie, sebab itu mereka sudah tidak risau lagi tentang perbezaan format filem.

Cuma 'perjalanan masa' atau 'cepatnya perkembangan teknologi' yg boleh membantu mengikis pemikiran yg dijelaskan di atas, iaitu apabila tibanya masa bila orang boleh mempersoalkan kenapa seseorang pembikin filem itu masih menggunakan filem 35mm. Bayangkan begini, katakanlah semua pawagam di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu panggung digital, dan semua pembikin filem tempatan pada satu tahun itu semuanya menggunakan format digital utk filem mereka (termasuk Skop, Tayangan Unggul, GBSB, Metrowealth dll). Jadi, adakah pada masa itu baru penganjur FFM mahu menukar syarat mereka, atau adakah mereka masih berdegil dan membatalkan FFM pada tahun tersebut kerana tidak ada lagi filem cereka 35mm? Cuma masa dan perkembangan teknologi akan menentukan. Kita tunggu dan lihat.

Walau bagaimanapun, ini bukan berlaku dalam festival filem di Malaysia saja. Kebanyakan festival antarabangsa lain juga masih meletakkan syarat yg mewajibkan format 35mm (atau filem yg sebenar-sebenarnya). Sebab itulah, buat permulaan lebih elok sekiranya diperkenalkan kategori filem digital dalam FFM. Lambat laun, filem atau video, semuanya tidak ada beza lagi, dan ia boleh dilihat dan dinilai bukan kerana bahan atau mediumnya, tapi kerana isinya.

Tentang filem indie dan filem mainstream:
Sememangnya dua kategori itu tidak ada banyak bezanya. Selain format atau medium yg telah dijelaskan di atas (indie cenderung menggunakan video digital dan mainstream cenderung melibatkan filem 35mm dan sekarang perlahan-lahan sedang berubah), indie dan mainstream mungkin cuma mempunyai perbezaan besar dari segi matlamat atau arah tuju. Tapi, itu bukan masalahnya, asalkan matlamat masing-masing tercapai, itu semuanya sudah bagus. FFM tentu tiada masalah menerima filem indie asalkan menurut syarat yg telah ditetapkan. Tapi, indie pasti tidak akan menurut syarat FFM hanya semata-mata mahu turut serta, kecualilah itu memang salah satu matlamatnya, untuk menyertai FFM (dan itu akan menjadikan indie menjurus ke arah mainstream)

Macam mana dgn perkataan wayang?
Memang boleh guna perkataan wayang. Tapi, rasanya istilah "wayang" agak meluas lagi maksudnya. Macam wayang kulit, ataupun persembahan lakonan pentas pun boleh dikatakan main wayang (wayang ni lebih "live" kot). Tapi "filem" ni agak spesifik kepada maksud "gambar yg bergerak" (moving image? motion picture? benda ni sudah dirakam dan bukan "live" lagi. pawagam = panggung wayang gambar, perhatikan tambahan perkataan "gambar" yg penting itu). Tapi, itulah masalahnya sebab video pun "gambar bergerak" jugak, tapi yg dapat nama ialah Filem (so what, kan?). Anugerah Academy pula guna istilah Best Picture (mungkin ringkasan untuk Best Motion Picture), lagi tambah pening.

Tapi, yg paling best sekali, drama TV yg hampir kesemuanya menggunakan video, siapa pun tak rasa janggal untuk menyebutnya sebagai Telefilem (dan bukannya Televideo)

Ini semua cuma istilah saja. Tak penting sangat pun kalau sudah faham. Betullah tu, macam Colgate tu ubat gigi dan Kodak tu filem. Semua orang sudah faham dan kenal. Bagi penonton keseluruhannya, kita semua tak kisah video ke, filem ke, Kodak ke, Konica ke, digital ke, analog ke, gunalah apa yg korang (pembikin filem) nak guna. Yg penting, hasil karya seni tu.

9 Mei 2005
Filem cereka digital dijangka boleh bertanding dlm Festival Filem Malaysia selepas semua 'orang lama' pencen? Kalau nak tunggu semua pencen teruklah. Apa kata 'pencenkan' mereka? (ketawa macam orang jahat)

Pasal malam anugerah FFM18:
Ye lah, sebab apa malam anugerah tak dibuka kepada para penonton? Kononnya eksklusif macam Oscar le tu. Bagi la peluang dekat kita, para penyokong yg kaki-kaki wayang ni, iaitu orang2 yg membantu kejayaan sesebuah filem di pawagam. Kalau ikut logiknya, penyertaan penonton bukan saja akan memeriahkan majlis, tapi juga akan memberi publisiti atau cakap2 percuma yg menghidupkan sesebuah festival. Baru riuh sikit (bukan riuh macam bising tu, tapi riuh yg menjadi bahan bualan & penulisan)

Ada red carpet ke? Kalau 'acara red carpet' pun orang tak kecoh, festival ke namanya tu? Memang la acara red carpet tak penting berbanding simposium atau acara2 ilmiah lain, tapi ia membantu meningkatkan imej festival dan para karyawan. Tapi, kalau acara red carpet diberi perhatian sangat pun, nanti ramailah pengkritik filem yg tak suka. Biarlah, yg penting biar festival filem ni betul2 menonjol dan orang akan respek.

Cadangan Lopes utk adakan persembahan lagu2 tema pun ok juga, tapi lagu tema apa? OK lah, walaupun mungkin ramai dah tak suka, Asmaradana mesti ada kan? Atau Siti/M. Nasir? Lagi, apa? Emm.. walaupun Erra bertanding banyak filem, tapi harap2 dia tak buat persembahan. Misha ada lagu dlm GK3. Filem2 baru pun ada lagu tema, Qaisy & Laila (Zahid) dan KL Menjerit 1 (Liza Hanim - lagu ni belum keluar lagi, elok dijadikan persembahan). Sepet, lagu Cina (penyanyi Hong Kong ke? international ni.. tapi sesuai ke). Lain2 filem banyak artis AF, lagu2 semua tak terasa macam lagu filem pun. Tapi lagu penutup Gangster pun aku suka, tapi rock sangat lah pulak. Apa pun, harap2 aku tak boleh agak apa persembahan majlis anugerah tu nanti, biar ada kejutan.

6 Mei 2005
Ada cadangan supaya Festival Filem Malaysia mewujudkan sebuah kategori untuk filem independen: Pada pendapat saya pun memang patut dah wujud kategori independen tu dalam FFM yg lepas lagi. Tapi, syarat pertandingan memang menjadi penghalang...

Filem-filem yang layak menyertai pertandingan FFM18 seperti berikut:

  • Filem cereka tempatan yang dikeluarkan di Malaysia untuk tayangan pawagam dalam fomat 35mm. Bagi kategori Filem Pendek, Filem Animasi dan Filem Dokumentari boleh diterima dalam format 35mm, 16mm, Beta, VHS, DVD atau VCD dengan durasi tidak melebihi 30 minit.

  • Filem-filem yang diterbitkan 2004/2005 dan telah mendapat kelulusan penapisan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) selepas FFM-17 KL2004.

  • Pengeluar filem hendaklah mempunyai Lesen Pengeluaran Filem dari FINAS, melainkan mereka yang dikecualikan di bawah seksyen 34A Akta FINAS 1981 (salinan fotokopi lesen berkenaan hendaklah disertakan). Bagi Syarikat yang telah memohon tetapi lesen masih belum diperolehi, pemohon boleh berikan nombor rujukan fail FINAS yang berkenaan.

Filem2 yg tayang di pawagam digital dalam format video, seperti Visits, Chemman Chaalai serta merta tak layak masuk FFM sebab bukan dalam format 35mm. Format video digital cuma diterima dalam kategori filem pendek, tak lebih 30 minit. Walaupun filem2 tu dah dapat kelulusan LPF, tapi masih tak layak, sebab teknologi baru pembikinan filem masih tak diiktiraf dalam FFM. Tapi, heran pulak format video diiktiraf utk filem pendek. Hmmm... pening!

Dokumentari dan Animasi pun sudah diterima dalam format video (itu pun dengan syarat tak lebih 30 minit). Tapi, kenapa filem pawagam masih tak dibenarkan bertanding dalam format video digital, itu semua macam tak logik.

Dan lagi, nampak sangat yg video digital ni tak digalakkan perkembangannya. Kalau tak, sudah tentu FFM boleh wujudkan kategori filem digital (jangan guna kategori filem independen). Sepatutnya itulah yg FFM patut buat, iaitu menggalakkan pembikinan filem digital. Pawagam GSC pun dah bawa teknologi tu di Malaysia, tapi masih ramai yg tak dapat terima hakikat yg filem digital pun adalah filem, maksudnya sebuah karya.

Atau kalau tak bagi bertanding pun, apa salahnya sekiranya diwujudkan kategori tayangan. Festival bukan bermaksud pertandingan. Mungkin boleh buat satu feature atau highlight dalam FFM. Macam Fokus la terhadap Sinema Digital tempatan. Bila lagi nak iktiraf ni?

5 Mei 2005
Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
Tarikh: 16 & 17 Julai, 2005
Tempat: Kuala Lumpur
Laman web: http://www.mff.com.my


SENARAI AWAL 25 FILEM YANG AKAN BERTANDING:

Ah Loke Kafe, Aku No. 1, Biar Betul, Cinta Fotokopi, Cinta Luar Biasa, Gangster, Gila-Gila Pengantin Popular, GK3 The Movie, Hingga Hujung Nyawa, I Know What You Did Last Raya, Kemarau Cinta, KL Menjerit 1, Lady Boss, Makar, Pontianak Menjerit, Potret Mistik, Puteri Gunung Ledang, Qaisy & Laila, Sembilu 2005, Sepet, SH3, Senario XX, Tak Ori Tapi OK, Tangkai Jering, Tujuh Perhentian


ANALISIS:

  1. Senarai filem yang bertanding dipercayai akan bertambah kerana tarikh tutup penyertaan masih lambat lagi, iaitu pada 31 Mei 2005. Analisis berdasarkan pengembalian borang cukai pendapatan, ramai yang hantar di saat akhir.

  2. Senarai filem Top 5 seperti biasa tidak akan diumumkan. Ramai yang bertaruh, Puteri Gunung Ledang akan menjadi antara filem Top 5. Sementara itu, ramai lagi yang tak bertaruh langsung, sebab bertaruh itu haram. Walau bagaimanapun, ramai yang tak kisah bertaruh yang filem I Know What You Did Last Raya tak akan menjadi filem Top 5. Mereka semua betul, hadiah dibahagi sama rata.

  3. Kategori Telefilem tidak dipertandingkan langsung kali ini kerana Anugerah Seri Angkasa baru saja berlalu. Kalau juri kali ini pilih pemenang lain, nanti kontroversi pulak. Tak nak ah.

  4. Kategori Filem Iklan pun tidak dipertandingkan kali ini. Baguslah. Kita benci iklan. Walau bagaimanapun, hantar saja trofi yg lebih-lebih tu kepada Petronas. Jangan membazir. Tak baik.

  5. Tahun ni semua orang bayar yuran ye? Bagus la tu, takde kontroversi. Kalau tak nanti slogannya kena tukar, "Filem Malaysia, Er(r)a Kontroversi. Jadi, takde kontroversi baguslah, tak payah tukar slogan.

  6. Dalam senarai di atas, ada 6 filem belum ditayangkan: Gila-Gila Pengantin Popular, Lady Boss, KL Menjerit 1, Pontianak Menjerit, Qaisy & Laila, Senario XX. Beberapa buah daripadanya akan mula ditayangkan sebelum festival Julai nanti. Harap2 cepat la dapat tengok Qaisy & Laila yg mungkin menjadi pencabar terdekat PGL. Tapi, kalau Qaisy & Laila menang Filem Terbaik pun, ada ke orang nak pergi tengok. Beautiful Washing Machine yg kalahkan PGL di Bangkok pun takde orang nak pergi tengok.

  7. Ada 6 filem terbitan Metrowealth Movies dipertandingkan kali ini. 7 Perhentian adalah salah satu daripadanya, dan 5 daripadanya dilakonkan oleh Erra Fazira. Kesemuanya arahan Razak Mohaideen. Kesemuanya saling cabar-mencabar antara satu sama lain. Rasanya patut diwujudkan Metrowealth Movie Festival pulak kot. Nak juga tahu filem manakah yg terbaik dalam banyak2 filem Metrowealth ni? Lepas tu mungkin Metrowealth akan dapat tahu filem yg macam manakah yg tak sepatutnya mereka buat lagi lepas ni.

  8. Razak Mohaideen adalah pengarah paling banyak filem yang bertanding iaitu 7 filem termasuk satu filem terbitan Grand Brilliance, I Know What You Did Last Raya. Analisis 1: I Know This Film Cannot Win One. Analisis 2: I Also Know This Film Will Show On TV3 Next Raya. Analisis 3: I Know lah!

  9. Pengarah ke-2 paling banyak filem bertanding ialah Aziz M. Osman dengan 3 filem (Biar Betul, Gila-Gila Pengantin Popular, Senario XX), semuanya komedi. Walau bagaimanapun Aziz masih tak dapat menandingi atau sekurang-kurangnya menyamai taraf Razak Mohaideen, 7 filem tu... power. Work hard Abang Aziz! Pecahkan rekod Razak. By the way, bila Aziz nak buat filem drama balik? Komedi jer semua... tak syok aaa...

  10. Bade Azmi dan Yusof Haslam masing2 bertanding dengan 2 filem (Gangster KL menjerit dekat polis Gerak Khas sebab belum tengok filem Sembilu 2005). Tapi, Yusof Haslam ada kelebihannya, sebab dia ada geng. Filem Pontianak Menjerit diarahkan oleh Yusof Kelana. Bade pulak takde geng, sebab Erma baru tengah nak buat filem baru. Tapi, Bade ada geng lain, Gangster. Adakah Gangster akan mengganas dalam FFM kali ni?

  11. Ada 5 pengarah baru yg hebat-hebat. Salah seorang akan menang kategori Pengarah Harapan. Tapi ada sorang yg confirm takkan menang apa-apa. Cuba teka: Aznil Nawawi, Meor Hashim Manap, Saw Teong Hin, Yasmin Ahmad, Zek Zukry. Confirmlah dia tu menang!

  12. FFM sebelum ini bagi Anugerah Karyawan Muda pada Osman Ali. Kali ni, siapakah calon-calonnya? Eh, ada calon ke kategori ni? Tunggu je lah tengok siapa yg dapat. Anugerah P. Ramlee lagi kan pupus, ini kan pula anugerah ni. Tapi, eloklah bagi anugerah ni, bagi semangat sikit pada karyawan muda.

  13. Adakah Nasha Aziz dan Eman Manan akan mempertahankan anugerah Pelakon Terbaik mereka? Kedua-duanya bersaing hebat kali ini. Adakah mereka akan atau boleh dikalahkan oleh pelakon2 baru? Biar betul. Adakah Tiara akan menang anugerah Pelakon Terbaik buat kali kedua? Seperti kata Waheeda, "Boleh percaya ke? Tak nak ah!"

  14. FFM kali ni susah sikit nak agak filem yg akan dapat anugerah Box-Office. Hingga Hujung Nyawa ke? Gangster? Cinta Luar Biasa? Yang pastinya penerbit filem yang kaya raya tu, dialah pemenangnya.

  15. Kategori Pelakon Komedi Terbaik adalah satu lagi kategori yg baru dihapuskan. Alasannya sebab komedi ke, tak komedi ke, lakonan tu tetap dinilai untuk anugerah Pelakon Terbaik. Tapi, nampak sangat la yg pelakon komedi takkan dapat anugerah Pelakon Terbaik, sebab filem komedi pun semuanya tak berkualiti atau terbaik, macam mana nak melahirkan Pelakon Komedi yg Terbaik. Jadi lepas ni orang dah takkan pandang lagi dah pelakon komedi ni, selagi skrip filem komedi tak diberi perhatian.

  16. Kategori anugerah yg diwujudkan semula ialah Lagu Tema Asal Terbaik. Nak bagi kat Asmaradana ke ni? Atau pun Siti Bagai Sakti. Tambah lagi la trofi bukan awek aku tu. Eh, sepatutnya kena buat analisis ni kan? Ter-corner ke lain pulak.. Corner punya corner, tahun depan ada lagi ke tak kategori ni entah la.

  17. Dalam satu artikel berkaitan FFM18 ni, dinyatakan juga yg anugerah kategori Rekaan Busana, Kesan Khas dan Lagak Ngeri juga akan dipertimbangkan. Mungkin adalah tu filem2 yg akan dapat beberapa Anugerah Juri. Tapi dalam website takde pulak dinyatakan kategori2 luar tabii ni. Takpe lah, PGL nampak sangat boleh dapat rekaan busana tu. Filem2 lain semua rekaan busan jer :) Yang lagak ngeri tu, 'Tiara terbang dalam AIM' boleh dapat rasanya, tapi tak tercalon, kena reject sebab miming. Tapi yg paling ngeri sebenarnya ialah scene ludah, muntah dan berak dalam filem Biar Betul. Ngeri giler! (Nota: lagak ngeri tu stunt lah)

  18. Beberapa tayangan filem akan diadakan di GSC Midvalley dan TGV KLCC. Biasanya utk festival masuk adalah percuma (kalau popcorn pun free, melampau ah tu). Apa pun, mesti tayang PGL sekali lagi ni! Filem Terbaik tu (agaknya la.. sebab Beautiful Washing Machine boleh bertanding di luar negara saja)

  19. Siaran Langsung FFM18 di TV masih tak confirm. Mana Time ni? Tak nak taja ke? Kata Ada Kelebihannya... Takde pun, mana? Mana kelebihannya, tunjukkan! Ning Baizura berlakon filem Lady Boss ape? Filem tu bertanding. Mesti Time nak sponsor ni. Lepas tu penganjur boleh la jemput peminat Ning sama, boleh buat promosi Pontianak Menjerit yg cadang akan tayang Jun nanti. Eh, KL Menjerit 1 pun boleh tumpang sekaki ler. 2 dalam satu nih. PGL boleh buat promo dalam FFM yg lepas, takkan filem lain tak boleh buat gimik sama. Jerit-jerit gitu.

  20. Lagi banyak filem yg bertanding, lagi banyak kejutan yg akan muncul. Takkan la PGL nak menang semua kan? Apahal pun, jangan mati terkejut sudah la. Tapi tentu ramai yg terkejut dengan kematian mengejut Bat Latiff, pemenang beberapa anugerah Pelakon Kanak2 Terbaik. Tapi, FFM kali ni rasanya anugerah Pelakon Kanak2 Terbaik takde pemenang kot. Sedih... :(

  21. Poster Terbaik pun adalah satu kategori menarik juga dalam FFM kali ni, sebab ada beberapa filem yg belum tayang terutama sekali terbitan Tayangan Unggul, KL Menjerit 1. Macam manalah posternya nanti. Cun tak?

  22. Di sebabkan ini adalah FFM dan bukannya anugerah lain yg glamor tak ingat punya. Tambahan pula FFM ni tak ditaja oleh ntv7, jadi persembahan Tiara Asmaradana pasti tak boleh nak buat punya la. Sebab tu Tiara melayang awal2 lagi dalam Anugerah Industri Muzik baru2 ni. Nak harap FFM? Takde nya le... Tapi, agak2 nya persembahan macam mana la nanti ye? Takkan Misha Omar kot, nyanyi lagu gerak khas? (dgn tangan terketar2) Biar betul! Awie, Hans, AC dan Afdlin pun dah tak boleh nak nyanyi Baik Punya Cilok lagi dah, mesti kena kutuk punya sebab baru je keluar dlm Anugerah Bintang Popular. FFM ni kan tak popular, mana kena konsepnya. FFM tak hip dan tak hop? Takkan ada persembahan hip hop pulak nanti?

  23. Tolong jangan kata pengacaranya adalah Ogy, atau Salleh Yaacob, atau mana2 pembaca skrip yg lain. Kalau jemput balik pemenang2 anugerah yg lepas2 terutama sekali era 80-an pun bagus juga, jadi penyampai anugerah ke, boleh kenang balik filem-filem lama, filem2 terbaik, Ranjau Sepanjang Jalan, Tsu Feh Sofiah dll. Boleh juga generasi baru kenal2. Yang veteran filem2 klasik tu memang tak pernah dilupakan setiap kali FFM, tapi macam mana pula dengan generasi 70/80-an?

  24. Website FFM ni bagus la. Dah lama cari maklumat lengkap pemenang2 FFM yg lepas2. Bagus, bagus. Tersangat bagus. Nanti boleh la check senarai pemenang FFM18 dengan segera. Kalau boleh biarlah disiarkan sekali hujah ataupun rumusan juri. Dengan tersiarnya rumusan juri, para pemerhati akan lebih faham sebab-sebab pemilihan pemenang.

Itu sajalah pemerhatian awal terhadap FFM18. Tak puas hati, jumpa dipanggung, kita tengok Kemarau Cinta minggu ni (5 Mei). Minggu depan tengok Aandal pulak (12 Mei). Minggu lepas tu mesti nak tengok Senario XX kan (19 Mei). Minggu selepas minggu lepas tu, tengok.. err... tengoklah kalau2 senang.


2004
2003
1999-2002



www.filemkita.com © 1999-2005 khys