[LAIN-LAIN] - FESTIVAL & ANUGERAH


2005


2004

30 Oktober 2004
PUSAN INTERNATIONAL FILM FESTIVAL - mungkin ramai yg dah tahu. Tapi ramai yg tak tahu sebab tak masuk berita. Filem Sanctuary yg dilaporkan bertanding dalam festival yg baru lalu ini telah pun menerima anugerah Special Mention. Tahniah!

15 Oktober 2004
Sejak Ogos lalu hingga kini, pelbagai jenis dan bentuk festival filem muncul dalam diari perfileman Malaysia bagi meraikan karya-karya filem kita dalam pelbagai format, di seluruh negara dan serata dunia, dengan tujuan dan matlamat yang positif mahupun sekadar memeriahkan suasana.

VENICE INTERNATIONAL FILM FESTIVAL - Puteri Gunung Ledang mencipta sejarah dengan terpilih menyertai festival filem ini yg merupakan antara yg paling berpengaruh dan tertua di dunia. Ini adalah penyertaan pertama daripada Malaysia. Selain ditayangkan di sini, PGL turut bertanding dalam kategori pengarah harapan.

PUSAN INTERNATIONAL FILM FESTIVAL - festival filem ini adalah yg paling berpengaruh di Asia. Buat pertama kalinya sebuah filem daripada Malaysia terpilih untuk bertanding iaitu filem Sanctuary, karya independen arahan Ho Yuhang. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada 15hb. Selain itu filem The Beautiful Washing Machine turut ditayangkan. Pusan Promotional Plan (PPP) pula merupakan sebahagian dari program khas festival ini yg memberi peluang kepada pengarah filem untuk mengetengahkan karya mereka kepada para penerbit dan penaja filem. Wakil Malaysia yg terpilih menyertai PPP kali ini ialah filem Summer Kisses, Winter Tears oleh Ho Yuhang dan juga filem Five Worlds yg akan diarahkan oleh U-Wei Saari bersama 4 orang pengarah lain. Karya U-Wei berjudul And The Stars Start Singing merupakan sebuah cereka pendek 20 minit yg mengisahkan seorang wanita yg terpaksa melalui perkahwinan yg diatur oleh keluarganya.

VANCOUVER INTERNATIONAL FILM FESTIVAL - filem Malaysia diiktiraf lagi. The Big Durian menerima anugerah Special Mention.

FESTIVAL FILEM ASIA PASIFIK - kali ini Malaysia menerima anugerah utama yg sudah sekian lama menjadi idaman. Maya Karin terpilih sebagai Aktres Terbaik melalui filem Pontianak Harum Sundal Malam. Tidak seperti P. Ramlee dan Khalid Salleh yg tidak berpeluang menerima sendiri anugerah Aktor Terbaik mereka dalam festival terdahulu, Maya Karin dengan bangganya telah menerima sendiri anugerah yg mengHARUMkan nama negara itu. Tahun ini juga anugerah Sinematografi Terbaik menjadi milik kita melalui filem Berlari Ke Langit. Badaruddin Azmi selaku pengarah BKL yg tidak pernah menerima anugerah sebegini di luar negara melalui hasil kerja kameranya telah mewakili Mohd Azla Kamaruddin dalam festival yg telah berlangsung di Fukuoka Jepun itu.

ESTEPONA INTERNATIONAL FILM FESTIVAL OF FANTASY AND TERROR - Pontianak Harum Sundal Malam membuat kejutan kepada para juri dalam festival yg khusus untuk filem-filem yg bertemakan seram dan khayalan ini. Hasilnya peminat filem kita dikejutkan dengan kemenangan PHSM melalui 3 kategori, Pengarah Terbaik, Skor Muzik Tebaik dan Sinematografi Terbaik. Pontianak Boleh!!
http://members.aol.com/eurosin/estepona.html

MALAYSIAN VIDEO AWARDS - melalui kategori Best Asean Feature Film, filem Sepet mendapat tempat pertama (Gold Award), manakala Buli di tempat kedua (Silver Award) dan tempat ketiga (Bronze Award) dimenangi oleh 2 buah filem iaitu filem digital Malaysia, Visits: Hungry Ghost Anthology dan filem Indonesia, Arisan!

ANUGERAH ERA 04 -
Pontianak Harum Sundal Malam menjadi pilihan peminat dengan menerima anugerah Pilihan Kaki Wayang ERA. PHSM mengenepikan 4 buah filem komedi - Buli, Gila-Gila Pengantin Remaja, Jutawan Fakir dan Kuliah Cinta.

MALAYSIAN FILM FESTIVAL (anjuran Cathay Singapore) - pesta tayangan filem-filem Malaysia di Singapura ini telah disertai oleh filem Sepet, Spinning Gasing, Paloh, Bukak Api dan The Beautiful Washing Machine. Walau bagaimanapun tayangan filem Bukak Api telah dibatalkan di saat-saat akhir kerana masalah berkaitan penapisan filem.

THE 1st UK-MALAYSIA FILM FESTIVAL (anjuran Metrowealth Movies Production) - walaupun festival tayangan filem buatan Malaysia ini tidak menjemput atau membuka penyertaan kepada lain-lain penerbit kecuali Metrowealth Movies, tetapi usaha mereka ini telah mendapat kepercayaan yg sewajarnya dari pihak luar termasuk pawagam yg telah menayangkan 3 buah filem - Mami Jarum, Mistik dan Cinta Kolestrol. Sambutan mahupun kesudahan festival yg berlangsung di United Kingdom ini tidak diketahui.

FESTIVAL FILEM PELAJAR MALAYSIA - masa depan filem kita boleh dilihat melalui hasil kerja para pelajar dari jurusan yg berkaitan. Kerana itu wujudnya festival sebegini. Maklumat lanjut mengenai acara yg telah berlangsung boleh dilihat melalui laman web...
http://ffpm2004.kym.edu.my

ACADEMY AWARDS 2005 - pihak kerajaan Malaysia telah pun menghantar penyertaan sulungnya untuk bertanding dalam anugerah Oscar kategori Best Foreign Film dengan mempertaruhkan filem Puteri Gunung Ledang. Academy Awards adalah khusus untuk mempertandingkan filem keluaran Amerika Syarikat dengan menyelitkan satu anugerah untuk negara-negara lain. Keputusan rasmi pemilihan calon-calon akhir bakal diumumkan pada Januari depan.

13 September 2004
Pesta tayangan Filem Malaysia di Singapura - BERMULA RABU MINGGU DEPAN: 5 Filem Malaysia akan ditayangkan di Singapura selama 5 hari berturut-turut. Hebat! Dengan tagline 'Revolutionary takes. A showcase of cutting edge movies' nampaknya pihak luar pun berbangga dengan kejayaan pembikin filem kita menghasilkan karya yg mereka dan kita juga tidak malu menyebutnya sebagai karya 'revolutionary' dan 'cutting edge'. Spinning Gasing dan Bukak Api -kedua-duanya akan ditayangkan versi Unrated- telah lama ditayangkan di Malaysia, begitu juga dengan Paloh, Filem Terbaik FFM2004. Ketiga-tiga filem tersebut mempunyai jumlah penonton yg terlalu kecil di Malaysia. Dua lagi filem, Sepet (belum ditayangkan di Malaysia) dan The Beautiful Washing Machine (akan ditayangkan juga hampir serentak di KL) merupakan antara karya terbaru dari Malaysia. Selain itu turut ditayangkan juga himpunan filem pendek terbaik dari Malaysia sepanjang tahun ini.

TEMPAT TAYANGAN:
Cathay Cineplex Orchard, Level 4 or Level 5, 8 Grange Road, Cathay Cineleisure, Singapore

HARGA TIKET:
$9.00 (beli di tempat tayangan atau http://tickets.cathay.com.sg)


JADUAL TAYANGAN:
22 September, Rabu
3.30pm Sepet (Tayangan perdana dengan kehadiran pengarah Yasmin Ahmad dan para pelakon disusuli sesi dialog dan perbincangan)

23 September, Khamis
7.30pm Sepet
9.30pm Spinning Gasing

24 September, Jumaat
5.00pm Paloh
7.15pm Bukak Api
9.00pm The Beautiful Washing Machine

25 September, Sabtu
3.00pm Spinning Gasing
4.50pm Sepet
7.00pm Bukak Api
8.45pm Paloh

26 September, Ahad
1.30pm New Malaysian Shorts 1
3.00pm New Malaysian Shorts 2
4.45pm The Beautiful Washing Machine


MAKLUMAT LANJUT:
http://www.cathay.com.sg
http://www.sfs.org.sg/2004/09malaysian.html
http://www.cathay.com.sg/keris/Press%20Room/
Malaysian%20Film%20Fest/Malaysian_Film_Fest.htm

khys-"selamat menyambut hari malaysia, 16 september 2004"

23 Jun 2004
Bermula lusa: FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-17

Senarai filem, komen, bincang & apa saja!
Ramalan: siapa yg akan menang? Paloh filem terbaik?
Pertandingan lima penjuru - U-Wei, Aziz M. Osman, Shuhaimi Baba, Adman Salleh, Bade - siapa memikat hati juri? :)
http://filemkita.com/forum/viewtopic.php?t=20

Keputusannya Sabtu ini...

5 Mac 2004
Website Festival Filem Antarabangsa Singapura telah berwajah baru dengan maklumat terbaru yg lengkap dengan senarai filem. Rupanya Paloh juga turut serta, selain Malaikat Di Jendela dan banyak filem pendek dari Malaysia. Banyak. Website yg sungguh ceria! (mungkin terlalu ceria).
http://www.filmfest.org.sg

3 Mac 2004
FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA SINGAPURA, bermula 15 April nanti. Festival ini mungkin jadi tumpuan untuk peminat filem tempatan sebab ada 2 filem Malaysia yg dikatakan akan ditayangkan (juga bertanding?) pertama kali di festival tersebut. Mungkin lepas tamat festival ini nanti kita dapat baca komen-komen (positif) mengenai filem itu sebelum ia kemudiannya ditayangkan di sini pula. Terpilih untuk ke festival ini juga membuktikan ada sesuatu yg menarik dan bagus mengenai filem berikut...

BUAI LAJU-LAJU - arahan U-Wei yg telah dipindahkan dari bentuk video kepada filem.

THE BEAUTIFUL WASHING MACHINE - filem independen digital ke-4 arahan James Lee. Menariknya kali ini ialah kerana filem ini mendapat sentuhan Teoh Gay Hian - pengarah fotografi yg menang banyak award, tapi kali ini memberikan sokongannya kepada sebuah filem independen yg berkos rendah dan cuma menggunakan rakaman dalam bentuk video.
http://www.geocities.com/doghouse73/bwm_page.html

FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-17 - akhirnya kita tak perlu tunggu hingga tahun depan. Sebelum ini sudah beberapa kali FFM berlangsung sekali dalam 2 tahun (selang setahun). Tapi tidak untuk tahun ini kerana selepas FFM16 tahun lepas diadakan, berpuluh buah filem telah sama ada ditayangkan, dilancarkan atau sedang dalam pembikinan. Maka, tahun ini FFM17 kembali dengan lebih banyak filem, dengan lebih banyak calon. Senarai filem yg bertanding belum diumumkan. Cuma yg agak kurang menarik ialah kerana dalam banyak2 filem yg layak bertanding tahun ini, kebanyakannya berada dalam kategori komedi serta menampilkan cerita yg tidak mencabar. Kebanyakan filem juga tidak mencabar dari segi lakonan, aspek teknikal dan lain2 bahagian. Walau bagaimanapun FFM tetap akan terpaksa menilai dan memberi anugerah kepada yg terbaik daripada banyak yg terburuk.

FFM17 menyediakan 41 buah anugerah di mana 25 buah adalah dalam kategori filem cereka. Selebihnya adalah untuk telefilem, dokumentari, filem pendek, iklan dan animasi. Daripada 25 anugerah filem, cuma 22 anugerah dalam kategori pertandingan, di mana 3 lagi untuk pelakon/karyawan veteran.

Malam pembukaan pada 9 April (Jumaat) akan menyaksikan penyampaian 27 buah anugerah (kategori Cipta). Biasanya ia tidak akan disiarkan secara langsung di TV.

KATEGORI FILEM CEREKA (16):
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Penata Seni Terbaik, Penata Bunyi Terbaik, Pelakon Komedi Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pengarah Harapan, Pelakon Harapan Lelaki, Pelakon Harapan Wanita, Anugerah Khas Juri 1, Anugerah Khas Juri 2, Anugerah Khas Juri 3, Poster Terbaik, Pelakon Veteran Lelaki (bukan pertandingan), Pelakon Veteran Wanita (bukan pertandingan), Karyawan Filem Veteran (bukan pertandingan)

KATEGORI LAIN (10):
Pengarah Telemovie Terbaik, Skrip Telemovie Terbaik, Pengarah Dokumentari Terbaik, Skrip Dokumentari Terbaik, Pengarah Animasi Terbaik, Skrip Animasi Terbaik, Pengarah Filem Pendek Terbaik, Skrip Filem Pendek Terbaik, Pengarah Filem Iklan Terbaik, Skrip Filem Iklan Terbaik

KATEGORI BARU (1):
Anugerah Karyawan Muda

Malam penutup pada 11 April (Ahad) pula akan menyaksikan penyampaian 14 buah anugerah (kategori Perdana). Biasanya majlis ini akan disiarkan secara langsung di RTM, dan diserikan dengan persembahan penyanyi popular di mana penyampai anugerah pula terdiri daripada pelakon yg pernah popular suatu ketika dahulu.

KATEGORI FILEM CEREKA (9):
Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penyunting Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik

KATEGORI LAIN (5):
Telemovie Terbaik, Filem Dokumentari Terbaik, Filem Animasi Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Filem Iklan Terbaik

ANUGERAH BINTANG POPULAR 2003 - tahun ni, anugerah ini berlangsung lebih awal daripada Festival Filem Malaysia. Bukanlah penting pun anugerah ini, namanya pun Bintang Popular. Tapi, ada 2 anugerah yang berkaitan filem - Pelakon Filem Lelaki/Wanita Popular. Jadi, tahun ni kita tahu siapa popular dulu, lepas tu baru tahu yang terbaik dalam filem tempatan. Mari imbas kembali Pelakon Filem Lelaki/Wanita Popular sejak anugerah ini mula diadakan pada 1987 hinggalah senarai calon tahun ini yg akan diumumkan pemenangnya nanti...

Pelakon Filem Lelaki Popular:
1987 - Eman Manan
1988 - Sabree Fadzil
1989 - AR Badul
1990 - Eman Manan
1991 - Badrul Muhayat
1992 - Eman Manan (Bintang Paling Popular)
1993 - Eman Manan
1994 - Awie
1995 - Awie
1996 - Awie
1997 - Rosyam Nor
98/99 - Rosyam Nor
2000 - Hairie Othman
2001 - Rosyam Nor
2002 - Rosyam Nor (Bintang Paling Popular)
2003 - Calon-calonnya: Afdlin Shauki, Faizal Hussein, Norman Hakim, Saiful Apek, Rosyam Nor


Setakat ini Rosyam sudah pun menyamai rekod Eman Manan dengan 4 kali menjadi Pelakon Popular, termasuk sekali sebagai Bintang Paling Popular (mengalahkan penyanyi dan selebriti hiburan lain). Adakah tahun ini Rosyam akan menerima gelaran Pelakon Popular buat kali kelima bagi mengatasi rekod Eman Manan? (dah macam pertandingan Lenjan pulak dah!). Dan, adakah Rosyam akan menyamai rekod Awie yg menjadi Pelakon Popular 3 tahun berturut-turut? (pada tahun 2000, Hairie sudah kacau sebab dia popular dengan Lt. Adnan). Macam mana pula dengan tahun 2003? Nampaknya macam ada yg bakal menggugat populariti Rosyam. Siapa lagi kalau bukan Apek. Oleh kerana anugerah ini pilihan peminat, Apek nampaknya mempunyai harapan, tapi peminat Rosyam yg mengundinya tahun 2002 (hasil populariti KL Menjerit) pasti mengundi Rosyam lagi kerana Laila Isabella dan Janji Diana juga mempopularkan Rosyam tahun lepas. Calon-calon lain kategori ini nampak sangat kurang popular, mungkin Afdlin dengan Soalnya Siapa akan dapat banyak undi. Lagi satu keputusan yg dinantikan: adakah Rosyam atau mana-mana pelakon filem akan kekal sebagai Bintang Paling Popular bagi mengalahkan penyanyi popular lain, sepertimana Rosyam berjaya merampas gelaran Bintang Paling Popular daripada Siti Nurhaliza pada tahun 2002, seterusnya membuktikan yg industri filem tempatan telah mengatasi industri muzik dari segi populariti bagi tahun 2002. Bagaimana dengan tahun 2003, adakah filem masih menjadi pilihan, atau muzik kembali bertakhta?

Pelakon Filem Wanita Popular:
1987 - Fauziah Ahmad Daud
1988 - Aznah Hamid
1989 - Norlida Ahmad
1990 - Ramona Rahman
1991 - Erma Fatima
1992 - Erma Fatima
1993 - Sofea Jane (Bintang Paling Popular)
1994 - Erra Fazira
1995 - Erra Fazira
1996 - Ziana Zain
1997 - Ziana Zain
98/99 - Amy Mastura
2000 - Erra Fazira
2001 - Erra Fazira
2002 - Erra Fazira
2003 - Calon-calonnya: Ellie Suriaty Omar, Erra Fazira, Nasha Aziz, Nisdawati, Rita Rudaini


Erra Fazira sudah 5 kali dipilih sebagai Pelakon Popular, menjadikannya Pelakon Filem paling banyak menerima anugerah ini termasuk sekiranya dibanding dengan kategori Pelakon Filem Lelaki. Apa yg Erra masih belum dapat ialah Bintang Paling Popular. Dalam kategori Pelakon Filem Wanita ini, cuma Sofea Jane berjaya menjadi Bintang Paling Popular mengalahkan penyanyi dan selebriti hiburan lain, iaitu pada 1993 hasil populariti Perempuan, Isteri dan... Calon-calon tahun ini yg nampaknya akan bersaing dengan Erra ialah Nasha Aziz (popular dalam Laila Isabella), walaupun nampak sangat Erra bakal menang kerana sokongan peminat yg kuat, apalagi dengan 5 buah filemnya ditayangkan tahun lepas. Susah untuk menggugat populariti Erra. Calon lain yg mungkin mendapat undian peminat ialah Ellie Suriaty (kerana komedinya dalam Soalnya Siapa?). Lagi satu kemungkinan: adakah Erra bakal menjadi pelakon wanita kedua selepas Sofea Jane yg bakal terpilih sebagai Bintang Paling Popular 2003, seterusnya membuktikan tahap populariti filem untuk dua tahun berturut-turut setelah Rosyam terpilih pada 2002 (dan sekiranya ini terjadi, ia bakal mengulangi keputusan tahun 92 dan 93, di mana filem tempatan begitu popular ketika itu, hinggakan Eman Manan terpilih sebagai Bintang Paling Popular diikuti Sofea Jane tahun berikutnya). Pada pendapat saya, 2002/2003 lebih terasa populariti filem berbanding 92/93. Dan, sekarang ini memang zaman filem kembali popular, dengan menyaksikan penurunan dari segi sambutan terhadap industri muzik. Situasi ini nampaknya bakal berlanjutan sepanjang tahun ini dan mungkin kekal hingga tahun depan. Oleh kerana itu, anugerah popular ini kelihatan semacam perlu bagi melihat, menilai dan seterusnya mengagak sambutan penonton terhadap filem kita. Saksikannya 14 Mac nanti.

21 Januari 2004
Festival Filem Sundance : Filem independen Malaysia, The Big Durian, akhirnya bertanding dalam festival ini yang sudah terkenal sekian lama atau sekiranya anda tahu Tarantino, Rodriguez atau pun Robert Redford, anda akan tahu betapa berpengaruhnya festival ini yg mengangkat filem-filem independen US yg tidak dikeluarkan oleh studio besar Hollywood. Nama Malaysia sudah ada di Sundance. Festival ini sedang berlangsung sehingga 25hb nanti.
http://festival.sundance.org

Festival Filem Antarabangsa Bangkok : Saya tak ingat filem Malaysia sebelum ini yang menyertai festival ini. Tahun ini Paloh, The Big Durian dan Room to Let akan menyertainya. Paloh akhirnya membuktikan berjaya menyertai festival antarabangsa, salah satu tujuan filem itu dibuat oleh kerajaan. Sekarang Chin Peng boleh tengok the other side of his story (betul ke?). Festival ini bermula esok.
http://www.bangkokfilm.org

Festival Filem Malaysia : FFM ke-17 dilaporkan akan berlangsung pada 9 hingga 11 April nanti. Jadual event PWTC menyenaraikan acara ini pada 12hb (mungkin malam anugerah). Expo filem dikatakan akan diadakan di KLCC dan Midvalley bermula 7 April. FFM kali ini juga menukar nama anugerah Cerita Terbaik menjadi Cerita Asal Terbaik. Mungkin untuk memberi pengiktirafan kepada penulis skrip asal sebelum diubah oleh pengarah filem (merangkap penulis lakonlayar). Ini mungkin susulan FFM16 tahun lepas di mana Embun terlepas untuk kategori penulisan filem. Jadi tahun ini kita boleh lihat sama ada Paloh boleh mendapat Lakonlayar Terbaik atau Cerita Asal Terbaik. Juri tahun ini mungkin letih untuk memilih pemenang Pelakon Komedi Terbaik. Mungkin kita akan ada 10 pelakon yang kongsi anugerah Pelakon Komedi (?). Masih terlalu awal untuk segala-galanya, tetapi tidak untuk penerbit filem yang perlu menghantar penyertaan mereka sebelum 7 Februari nanti. Persoalan yg tidak kurang menarik, adakah FFM kali ini juga kita akan disajikan promo Puteri Gunung Ledang. Ye lah kan, PGL pun pasti tak dapat tayang sebelum April, jadi FFM17 sekali lagi mampu jadi medan terbaik sebagai promosi awal. Mungkin kali ini kita dapat tonton trailer penuh, dengan dialog dan segala efek dan muzik yg telah dimasukkan semasa pos produksi yang sedang dilakukan. Mungkin juga Pontianak HSM akan mendapat promosi kali ini, sebab filem itu juga sebenarnya mendapat peruntukan dana dari FINAS.
http://www1.jaring.my/pwtc/contents/events/04/04_april.htm

KL World Film Festival : Tahun lepas, buat pertama kali di adakan pada Februari. Ia dikatakan akan dijadikan acara tahunan. Tapi, hingga sekarang belum ada berita sedangkan FFM17 telah diumumkan pada Disember lepas. Mungkin festival ini perlukan acara besar kerajaan sebagai sokongan, macam tahun lepas ada NAM. Tapi, tahun ini lagi besar, ada pilihanraya! Mungkin selepas itu kot. Mungkin pertengahan tahun, jauh sikit dari FFM. Tunggulah kalau ada, kalau tiada.. terciptalah satu lagi sejarah dalam dunia filem kita.
http://www.klwff.com


2003
1999-2002



www.filemkita.com © 1999-2005 khys