|
2005
2004
2003
27 Oktober
2003
Festival Filem Asia Pasifik ke-48 berakhir dengan Malaysia membawa
pulang dua anugerah.
1) Paloh - Anugerah Khas Juri (ramai yang terkejut dengan anugerah
kesian ni?).
2) Towards Adulthood (Bersunat) - Dokumentari Terbaik
(Bila filem ni
nak tayang di TV? Dokumentari Filem Negara ni semua ada tayang di TV ke?).
Menarik juga dalam FFAP kali ni ialah kemenangan Aktres Terbaik
kepada pelakon Indonesia melalui filem Biola Tak Berdawai. Khabarnya VCD filem tu sudah pun ada di Malaysia.
OKlah.
Kesimpulannya, Paloh cuma boleh berharap pada Festival Filem Malaysia
tahun depan. Itu pun mungkin bersaing hebat dengan Pontianak HSM dan PGL.
Seperti biasa laman web rasmi Persatuan Penerbit Filem (APFF) tiada
maklumat terkini -
http://www.fpa-apff.com
20 Oktober
2003
ANUGERAH ERA - Kali ni Jins Shamsuddin pula dapat Anugerah Panggung
Era. Jins juga jadi juri Festival Filem Asia Pasifik
(FFAP) yang bermula hari ni di Iran.
FFAP ke-48 - Tak sabar tunggu keputusannya Jumaat nanti. Paloh,
Soalnya Siapa
atau Janji
Diana?
30
September 2003
Banyak yang akan terjadi pada Oktober ni! terlupa nak tambah satu
lagi.. Festival Filem Asia Pasifik ke-48 di Iran akan bermula pada
20hb hingga 23hb. Filem yg akan bertanding ialah Paloh,
Soalnya Siapa dan Janji
Diana. apa agaknya nasib Paloh? tunggu keputusannya.
http://www.fcf-ir.com/festivals/acia-pacific/48th/regulations.htm
3
September 2003
Anugerah Skrin ke-6, 2003 (keputusan + ulasan):
Senarai filem yg bertanding. Gerak Khas The Movie 2 pun ada, bukan macam berita awal
dulu yg tidak menyenaraikan GK2. Lengkap 10 filem yg ditayangkan tahun lepas:
> Anak Mami The Movie,
Cinta 200 Ela, Embun,
Gerak Khas The Movie 2, Idola,
KL Menjerit, Mami Jarum,
Mendam Berahi, Mr. Cinderella,
Soalnya Siapa?
Keputusan pemenang kategori filem di mana Embun dapat 6 anugerah, KL
Menjerit (2) dan masing-masing 1 anugerah untuk Idola dan Gerak Khas 2:
> Filem Terbaik - EMBUN (Filem
Negara Malaysia)
Apa lagi yang dapat dikata.
Betul ke anugerah filem terbaik Anugerah
Skrin ni "dapat menebus maruah Embun" yg tewas kepada KL Menjerit dalam anugerah yg lebih besar seperti FFM yg lepas?
Kalau menang
anugerah antarabangsa lainlah. Tapi, tahniah sebab Embun antara filem hebat yg pernah muncul di Malaysia.
Nak menebus maruah tu rasanya
tidak (sebab Embun dibuat untuk festival antarabangsa), tapi menebus kekalahan pada FFM kepada KL Menjerit, itu
betul. Kali ini Embun
menang. Yay.
> Pengarah Terbaik - BADARUDDIN AZMI (KL
Menjerit)
Keupayaan Badar sebagai pengarah terbukti lagi.
Mungkin kerana style
(gaya) pengarahannya yg agak lain dan ada pembaharuan tu. Mungkin juga kerana dia
berjaya membina suasana lumba haram, juga membimbing pelakon-pelakon baru serta membina dan mengawal watak-watak dengan
seimbang. Mungkin..
> Pelakon Lelaki Terbaik - ROSYAM NOR (KL
Menjerit)
Tidak dapat disangkal lagi, walaupun dalam FFM tiada saingan
langsung, tapi juri yang membuat pencalonan kali ini meletakkan Izi Yahya (Embun)
sebagai pencabar terdekat. Itu pun tak dapat menandingi kemantapan Rosyam dalam KLM sebab Izi dalam Embun cuma watak
pembantu, sebab itu dia menang kategori tu dalam FFM yg lepas, sebab watak pembantunya memang kuat (mencabar).
Agaknya Rosyam pun gentar
sedikit bila ada pencabar kali ni.
> Pelakon Wanita Terbaik - UMIE AIDA (Embun)
Juga tidak dapat disangkal lagi dan lagi.
Watak utama yg benar-benar
mencabar. Mustahil calon lain dapat menang kategori ni. Normala dan Erra sekadar memanaskan kerusi calon.
> Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik -
FAIZAL HUSSEIN (Gerak Khas 2)
Anugerah pertama untuk Faizal.
Mungkin belum terlambat, walaupun dia
ni dikira orang lama lah juga. Nampaknya watak jahat sering menang anugerah.
Kenapa tidak watak polis, sedangkan polis yg menang di
akhir cerita. Nak reka watak polis jahat, tak boleh pula. Apapun, Faizal menang agak selesa walaupun tidak dijangka langsung.
Dia pun
tak hadir ambil award. Mungkin dia sangka Izi tercalon sama, jadi tiada peluang.
Dia
salah, dia menang.
> Pelakon Pembantu Wanita Terbaik -
KHATIJAH TAN (Embun)
Tak mungkin Ellie Suriaty menang lagi. Soalnya Siapa pun bukanlah
calon favorite dalam Anugerah Skrin kali ini. Memang semua orang setuju kalau Khatijah menang sebab dia betul-betul meyakinkan dalam
watak orang kampung zaman Jepun, nampak betul-betul tak bermaya dan kurus. Tapi,
tengoklah dirinya yg sebenar masa ambil award. Hah, tu dia!!
> Pelakon Harapan - SHARIFAH ALEYA (Idola)
Entah kenapa kategori ini tidak membezakan lelaki dan perempuan.
Mungkin tak ramai calon yg nampak berbakat di mata juri, nanti ada pula yg menang tanpa bertanding. Nisda yg menang dalam FFM pun tidak
tercalon (pasti akibat menggunakan suara orang lain). Yang paling menyerlah, Aleya.
Dia memang berbakat, dan saya jangka dia menang
dalam FFM yg lepas, tapi tidak. Dan sekarang, dia dapat juga.
> Skrip Terbaik - ROHIMAN HARUN (Embun)
Kenapa skrip, dan bukan lakonlayar?
Mungkin untuk selari dengan
kategori telefilem yang sebelum ni biasa diberi anugerah untuk Lakon TV, tapi kali
ini skrip pula. Apabila penulis skrip yg menang untuk Embun, maka Rohiman dengan sukacitanya menerima anugerah ini dan
bukan Erma selaku penulis Lakonlayar. Timbul persoalan, sama ada skrip asal tulisan
Rohiman yang dinilai atau skrip yg telah diubahsuai dan dijadikan filem Embun yg dinilai?
Kalau skrip filem
itu yg menang, rasanya Erma ada bahagiannya dalam membangunkan skrip tu. Dia yg susun semula skrip tu,
dan Embun jadi macam yg kita tengok. Inilah masalahnya bila kredit filem membahagikan atau
membezakan skrip dan lakonlayar. Lakonlayar adalah untuk filem sedangkan skrip tidak terbatas (teater, radio, pengacara pun
pakai skrip). Untuk filem, gunakanlah istilah lakonlayar, jadi tak keliru.
Jangan buat pertandingan tulis skrip kalau kategori filem, tapi buat
pertandingan tulis lakonlayar.
> Suntingan Terbaik - KAMARUDDIN ABU (Embun)
Dalam FFM, Gerak Khas 2 menang kategori ni.
Mungkin suntingan Embun
lebih kemas di mata juri kali ini? Kamaruddin pernah menang kategori ni di FFM 2001 melalui Mimpi Moon.
> Pengarah Sinematografi Terbaik -
TEOH GAY HIAN (Embun)
Masih unggul. Tidak tergugat. Akan bersaing melalui Paloh pula tahun
depan.
Walaupun keputusan anugerah kali ni tak dapat dipertikaikan sama
sekali, tetapi secara keseluruhan, persembahan Anugerah Skrin kali ni memang tak best.
Tentang ketegori
telefilem pula, pemenang pelakon terbaik
(Benjy dan Zizie) memang best of the best. Benjy pernah menang watak pembantu dalam
Anugerah Skrin yg lepas. Zizie pun pernah
jadi pelakon harapan FFM. Kenapa diorang tak pernah ditawarkan watak utama dalam
filem? Adakah sebab diorang banyak berlakon telefilem, jadi dah tak laku untuk filem sebab orang dah selalu tengok?
Tak
juga, sebab Rosyam dan Umie Aida juga sama macam mereka. Rupanya penerbit masih percaya
kepada populariti pelakon (atau penyanyi) yg diharap dapat menjayakan filem mereka (dan 'mengkayakan' mereka?),
bukannya kehebatan bakat lakonan yg sebenar. Benar ke?
15 Ogos
2003
ANUGERAH SKRIN KE-6, 2003
- Dulu dikatakan Anugerah Skrin akan diadakan pada 31 Ogos. Mungkin tak
sesuai sebab 'merdeka', jadi tarikh terkini yg telah diiklankan ialah pada 24 Ogos 2003
(Ahad), secara langsung di TV3 pukul 3.00 petang. Tak lama lagi dah.. Embun vs
KL Menjerit lagi sekali?
20 Jun
2003
ANUGERAH SKRIN KE-6, 2003
- Anugerah Skrin kali terakhir diadakan pada 1999 di mana Jogho menang besar. Kemudian Anugerah Skrin
bergabung dengan FFM pada 2001 (Lt. Adnan menang filem terbaik). Tahun lepas pula takde. Tahun ini ia
kembali. Anugerah Skrin pun nampaknya semakin mengikut tradisi FFM - dua tahun
sekali. Sayang sekali, tahun 2002 tidak diadakan, kerana mungkin filem-filem yg tak
berpeluang menyertai FFM dapat ikut bertanding seperti Dari Jemapoh.. Spinning Gasing dan Kaki Bakar
(itupun kalau tak mengikut FFM yg mengambil kira tahun penerbitan filem dan bukan tahun
tayangan). Terlepas peluang mereka. Tahun 2003, Anugerah Skrin mempertandingkan filem-filem yg ditayangkan pada 2002:
Anak Mami The Movie,
Cinta 200 Ela, Embun,
Idola, KL Menjerit,
Mami Jarum, Mendam Berahi,
Mr. Cinderella, Soalnya
Siapa?
9 buah filem saja? Mana Gerak Khas The Movie
2? - satu-satunya filem 2002 yg tak bertanding. Kenapa ye? Apa dah jadi? GKTM2 menang 2
award pada FFM baru-baru ni. Tapi, filem-filem Yusof Haslam memang tak begitu bernasib baik dalam Anugerah Skrin yg lepas-lepas. Cuma Maria
Mariana (Ziana Zain menang Pembantu Wanita).
Satu lagi filem - Cinta 200 Ela - pula adalah satu-satunya filem yg
tak menyertai FFM yg baru lepas. Penerbit Raja Azmi pula tak pernah bertanding dalam FFM dan ini kali pertama filemnya menyertai Anugerah
Skrin. Mungkin dia berharap sesuatu?
Kalau barisan juri Anugerah Skrin berbeza sama sekali dengan FFM,
pasti keputusan bakal mengejutkan. Adakah KL Menjerit bakal menewaskan Embun kali kedua, atau filem lain akan menewaskan mereka
berdua? Satu lagi persaingan menarik ialah Khatijah Tan dan Ellie Suraity. Semuanya
pada penilaian juri yg terlibat.
Satu perkara menarik tentang Anugerah Skrin ke-6 ini ialah pertambahan
jumlah anugerah:
Filem Terbaik
Pengarah Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik
Pelakon Harapan Wanita Terbaik
Skrip Terbaik
Suntingan Terbaik
Pengarah Sinematografi Terbaik
Seperti biasa Anugerah Skrin juga mempertandingkan telefilem yg
disiarkan oleh slot Cerekarama. 10 telefilem yg bertanding dipilih mengikut rating/jumlah penonton terbanyak. Selain kategori di atas,
terdapat juga Anugerah Cerekarama Popular yg akan dipilih oleh penonton.
Penyampaian anugerah akan berlangsung pada 31 Ogos 2003. Lebih 2
bulan lagi. Ini untuk membolehkan semua telefilem disiarkan semula setiap Sabtu bagi dinilai oleh
penonton.
Imbas kembali Filem Terbaik Anugerah Skrin:
1. 1996 - Sayang Salmah
2. 1997 - Merah
3. 1998 - Baginda
4. 1999 - Jogho
5. 2001 - Leftenan Adnan (bergabung dengan FFM ke15)
6. 2003 - ?
21 April
2003
Keputusan Akhir (Ulasan): FFM16 - Festival Filem Malaysia 2003
KATEGORI FILEM CEREKA-
Filem Terbaik (RM25,000 hadiah tajaan penganjur) -
KL MENJERIT (TAYANGAN UNGGUL SDN BHD)
Pengarah Terbaik - BADARUDDIN AZMI (KL MENJERIT)
Pelakon Lelaki Terbaik - ROSYAM NOR (KL MENJERIT)
Pelakon Wanita Terbaik - UMIE AIDA (EMBUN)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - IZI YAHYA (EMBUN)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - ELLIE SURIATY (SOALNYA SIAPA)
Cerita Terbaik - BADARUDDIN AZMI (KL MENJERIT)
Lakon Layar Terbaik - BADARUDDIN AZMI (KL MENJERIT)
Sinematografi Terbaik - TEOH GAY HIAN (EMBUN)
Penyunting Terbaik - SALLEHAN SHAMSUDIN (GERAK KHAS THE MOVIE
2)
Skor Muzik Terbaik - MOKHZANI ISMAIL
(EMBUN)
LAIN-LAIN KATEGORI-
Filem Pendek Terbaik (RM5,000 hadiah tajaan Astro) -
FALLACY OF VISION (HATIM HUNAID / LIMKOKWING INSTITUTE OF
TECHNOLOGY)
Filem Dokumentari Terbaik (RM5,000 hadiah tajaan Astro) -
THE BOAT MAKER & THE SEA (VHQ OIST SDN BHD)
Filem Animasi Terbaik (RM2,500 hadiah tajaan Astro) -
KUMANG (QUEST ANIMATION)
Filem Iklan Terbaik (RM2,500 hadiah tajaan Astro) -
TM TOUCH VIRTUAL PRODUCTS & SERVICES (FILMPOINT SDN BHD)
RUMUSAN: KL Menjerit - 8 anugerah; Embun - 7 anugerah; Gerak Khas The Movie 2 - 2 anugerah;
1 anugerah (Soalnya Siapa, Mr Cinderella,
Mami Jarum, Lagi-Lagi Senario, Putih). TIADA anugerah (Getaran, The Deadly Disciple, Anak Mami The Movie, Idola, Mendam Berahi, Gila-Gila
Pengantin). Idola merupakan satu-satunya filem Top5 yang tidak menang
sebarang anugerah. Filem Senario menang anugerah Box-Office untuk kali ke-3
berturut-turut.
ULASAN: Dalam ramalan saya setelah melihat keputusan awal, ada dinyatakan
yang pembayang (klu) keputusan Anugerah Perdana telah kelihatan ketika itu walaupun KL Menjerit dan Embun masing-masing
mendapat 3 anugerah. Bagi yang sering mengikuti FFM pasti sedar yang Anugerah Juri selalu disebut sebagai 'anugerah kesian', dan apabila Embun
mendapat 2 daripada anugerah tersebut (Poster Terbaik & Filem Sejarah dan Patriotisme) pada malam perasmian, maka peluang Embun kelihatan
agak tipis untuk diumumkan sebagai Filem Terbaik. Sekiranya pula KL Menjerit tidak memenangi Filem Terbaik, pastinya ada Anugerah Juri
untuk filem tersebut. Dalam akhbar hari ini ada kenyataan Erma yang sedar dengan 'anugerah kesian' tersebut hingga dia berani lebih awal
meramalkan KL Menjerit akan menang besar.
Walaupun begitu, apabila saja Badar naik ke pentas untuk menerima
anugerah pertama Cerita Terbaik, semuanya kelihatan jelas. Satu demi satu anugerah terus diberikan kepada KL Menjerit yang saya anggap
sebuah filem yang jujur dan mungkin juri juga memandangnya begitu, kerana apabila ceritanya jujur filem tersebut akan kelihatan real dan
hidup. KL Menjerit bertuah kerana lakonan mantap dan lakonlayar hidup.
Anugerah untuk pelakon pula - Rosyam, Umie dan Izi menang mudah apabila melihat calon Top3 yang bersaing dengan mereka. Tiada
persaingan langsung. Lain pula dengan kemenangan Ellie Suriaty yang bersaing dengan Khatijah Tan. Walaupun tidak disangka namun watak
komedi Ellie nyata lebih menyerlah berbanding Khatijah dalam Embun yang cuma mengikut jalan cerita dan memaparkan penderitaan tanpa
banyak dialog. Kelihatan juga rasa kecewa Ellie kerana lakonan mantapnya dalam Spinning Gasing tidak dapat dipertandingkan - jika
tidak, dia mungkin menjadi Aktres Terbaik (dia akan menang juga suatu hari nanti jika
mendapat watak utama yang hebat dan bukannya pembantu).
Pasti ramai yang menanti Paloh untuk menyaksikan keindahan sinematografi Teoh Gay Hian yang telah pun menang 3 kali berturut-turut!! (Perempuan Melayu Terakhir, Mimpi Moon dan kini
Embun). Tak percaya ke? Tengok Spinning Gasing. Memang taraf international punya
kerja dia ni (tapi tak datang ambil award?).
Penyunting dan Skor Muzik Terbaik pun tak datang ambil award?
Tentang persembahan majlis anugerah - Ning Baizura
'menyanyi' ke? Dia tak tengok ke rakaman persembahan dia yang lepas? Lagu tu semua
termasuk lagu Ali Setan dia dah nyanyi dalam TV dulu. Hancur. Eh.. apasal Awie dan Wings buat gig kat situ pulak, dengan backdrop gambar
S. Kadarisman pulak tu. Fuh, sound tunggang langgang. Anita Sarawak - no komen. M. Nasir macam biasa mengambil alih mana-mana majlis
sebagai konsertnya sendiri. Yang paling mencuri perhatian, sebelum persembahan M. Nasir, ditayangkan sedutan filem Puteri Gunung Ledang.
Terhenti sekejap nafas! Saya memang dari awal berharap diorang akan tayangkan klip PGL tu, tapi memandangkan hos siaran adalah TV1,
lebih 'afdhal' rasanya kalau ditayangkan klip Paloh (bukan klip veteran perang macam dalam TV tu, tapi klip filem). Di situ nampak
usaha PGL walaupun akan ditayangkan 2004 tapi bangga dengan usaha kerja mereka dan tak
sabar-sabar nak tunjukkan kepada penonton sedangkan Paloh mengharapkan belas ihsan kontroversi walaupun peluang
promosi sudah terbuka luas. Secara keseluruhan, malam anugerah ni - OKlah!!
PUAS HATI:
- KL Menjerit menang banyak award.
- Tayangan klip Puteri Gunung Ledang.
- Ogy "Azura" selamber.. (lain kali diorang patut panggil Noorkumalasari
pulak sebab dia ni tak pernah menang award walaupun pelbagai jenis filem dia berlakon).
TAK PUAS HATI:
- Penerbit KL Menjerit tak dapat beri ucapan
(Sebab nak bagi cek
derma keamanan. Sepatutnya pengacara panggil pemenang beri ucapan dulu walaupun masa dah lewat.
Diorang takut Badar keluarkan sekeping
kertas lagi ke?).
- Tak siarkan sedutan Paloh.
- Walaupun guna live band, tapi tak reti-reti nak berhenti ke bila
penyampai dah tercegat kat atas stage.
Malam itu Kuala Lumpur menjerit dan embun menitis (menangis)..
19 April
2003
Keputusan Awal: FFM16 - Festival Filem Malaysia 2003
> KATEGORI TELEFILEM-
Telefilem Terbaik (RM5,000 hadiah tajaan Astro) -
NAJWA (COSMOVISION PRODUCTIONS)
Pengarah Telefilem Terbaik - MURALI ABDULLAH
(NAJWA)
Lakon TV Terbaik - MURALI ABDULLAH (NAJWA)
> KATEGORI FILEM CEREKA-
Pengarah Harapan -
AHMAD IDHAM (MR. CINDERELLA)
Pelakon Harapan Lelaki - HASNUL RAHMAT (KL
MENJERIT)
Pelakon Harapan Wanita - NISDAWATI (KL
MENJERIT)
Pelakon Komedi Terbaik - KARTINA AZIZ (MAMI
JARUM)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - TIADA
Penataan Seni Terbaik - YEE I LANN (EMBUN)
Penataan Bunyi Terbaik - AZMAN ABU HASSAN (KL
MENJERIT)
Anugerah Khas Juri:
Filem Box-Office -
LAGI LAGI SENARIO (GRAND
BRILLIANCE)
Poster Terbaik - EMBUN
(FINAS & FILEM NEGARA)
Nilai Sejarah dan Patriotisme - EMBUN
(FINAS & FILEM NEGARA)
Aksi Membanteras Jenayah - GERAK KHAS THE MOVIE 2
(SKOP PRODUCTIONS)
Cereka Animasi Kisah Rakyat - PUTIH
(EUROFINE)
> KATEGORI BUKAN PERTANDINGAN-
Karyawan Filem Veteran -
HAMZAH HUSSEIN
Seniman Sepanjang Zaman - AZIZ JAAFAR
Seniwati Sepanjang Zaman - ROSNANI JAMIL
ULASAN (2.51ptg): Setelah tahu keputusan peringkat awal ni, macam dah tak
sabar rasanya nak tunggu malam penutup nanti. Sebab keputusan ni seakan memberi 'klu' untuk Anugerah Perdana nanti tapi
tidaklah ketara sangat. Tambahan pula bila baca kenyataan Erma (calon favorite) yang
'suka' untuk KL Menjerit membolot semua anugerah utama (pengarah, pelakon, cerita, dll)
walaupun semua media cetak seakan mahu 'keputusan selamat' memihak kepada Embun.
Tak banyak yang boleh diperkatakan tentang keputusan awal ni. Ahmad
Idham tiada saingan (cuma S. Mohan 'Deadly Disciple') untuk pengarah harapan. Cuma dia harus ingat apakah
nasibnya seperti pemenang yang lepas (Harith Iskander, Ismail Yaacob, Along Kamaludin dll)?? Mereka
semua tidak diberi harapan..
Bagi kategori pelakon harapan pula - antara kategori 'panas' dan kerap
mengundang kontroversi - saya tidak berharap langsung yang sejarah akan berulang: Apabila Danny X-Factor
menang pelakon harapan 2001 untuk Seri Dewi Malam, dia tidak menggunakan suara sendiri ketika
dubbing. Seharusnya saya boleh menduga Nisdawati akan menjulang trofi pelakon harapan wanita tahun ini kerana dia memang berjaya menjiwai
lakonannya dalam KL Menjerit walaupun markahnya sepatutnya berkurang sebab menggunakan suara Jeslina Hashim (Nisda
patut berterima kasih pada Jeslina tetapi dia tidak hadir menerima trofinya yang pertama itu) -
tetapi saya juga kagum dengan watak Sharifah Aleya dalam Idola yang begitu natural
walaupun wataknya tidak besar dan dibayangi Normala Samsudin pula. Kemenangan Nisda memang memberi makna
kerana dia kini menjadi rebutan produser dan mungkin bakal memberi lakonan yang lebih hebat dalam filemnya akan datang.
Manakala kategori lelaki dimenangi oleh Hasnul Rahmat yang selamba dan real dalam KL Menjerit
(Hasnul bakal muncul dalam Paloh). Nasib baik cuma sejarah 2001 berulang dan bukan 1999 di mana Eizlan Yusof dan Nasha Aziz menjadi
pelakon harapan sedangkan mereka telah banyak berlakon watak utama sebelum itu.
Lain-lain kategori tidak harus dipertikaikan. Memang Embun dan KL
Menjerit sama hebat. Rasanya Poster Terbaik pun Embun bersaing sengit dengan KL Menjerit. Manakala Kartina
Aziz pula tentu tidak menyangka menang kategori pelakon Komedi. Dia bertuah kerana memegang watak
komedi utama tidak seperti Lagi-Lagi Senario yang tidak mementingkan watak komedi utama.
Apakah perlu saya membuat ramalan pemenang Anugerah
Perdana malam nanti? Sama ada Embun atau KL Menjerit? (Atau Idola? Atau Soalnya Siapa? Atau..??) Kalau ada masa,
mungkin. Atau biarkan kita sama-sama menanti dalam suspense... Sementara menunggu, mungkin saya akan
tonton VCD Embun (last sekali tengok di pawagam tahun lepas).
RAMALAN (3.35ptg): Ramalan filem terbaik dan pengarah terbaik biarlah
seperti mana yang semua akhbar harap iaitu Embun walaupun pada sesiapa yang mengikuti FFM selama ini pasti boleh menerima
keputusan di luar jangkaan seperti yang dibuktikan pada FFM yang lepas (tiada filem
terbaik? 2 filem terbaik?).
Pelakon lelaki terbaik -
Rosyam Nor berada pada posisi terbaiknya. Masih
perlu beri perhatian pada keputusan luar jangka.
Pelakon wanita terbaik -
Patutkah Umie Aida menerimanya? Walaupun Nisdawati telah menerima anugerah pelakon
harapan, khabarnya dia juga dicalon untuk kategori utama. Ingat lagi Deanna Yusoff yang pertama kali
berlakon Selubung dan menang Aktres Terbaik? Mungkinkah akan tercipta sejarah
baru? (saya tidak mahu membayangkan Erra Fazira).
Pelakon pembantu -
Walaupun Khatijah Tan pernah menang di Asia
Pasifik, tapi kali ini saingannya lain. Mungkin muka baru? Kategori lelaki pula menyaksikan Izi Yahya hebat dalam
Embun. Saya harap dia menang, boleh tengok reaksinya bagi ucapan. Dia pelakon jahat yang tidak
diuji sepenuhnya sebelum ini sepertimana dalam Embun.
Lakonlayar -
Kalau Embun menang memang kecoh sikit, sebab
lakonlayar ditulis semula oleh Erma sedangkan penulis skrip asal menjadi mangsa.
Sinematografi -
Saya tertarik dengan penggambaran KL Menjerit
walaupun Teoh Gay Hian lebih berpotensi dalam Embun. Biarlah mereka yang arif dalam bidang teknikal menentukannya.
Skor muzik/Penyunting filem -
Kategori ni susah sikit nak menilai bagi penonton filem biasa. Cuma saya harap tahun akan datang
mereka hidupkan semula anugerah lagu terbaik. Tak semestinya filem komersial sahaja mengandungi lagu yang
menarik. Saya cuma teringat Academy Awards yang menghargai lagu-lagu bermutu dalam filem.
Khabarnya filem pendek Malaikat Di Jendela arahan Osman Ali,
lakonan Ning Baizura tercalon juga. Saya pernah tengok sedutannya dalam rancangan The Brand musim lepas.
Antara persembahan di majlis penganugerahan nanti adalah daripada Ning
Baizura (saya harap dia nyanyi lagu daripada filem Malaikat Di Jendela), M.
Nasir, Awie & Wings dan Anita Sarawak.
17 April
2003
FFM16 - Festival Filem Malaysia 2003:
17 APRIL 2003: Majlis Perasmian bermula 8.00 malam. Tiada siaran langsung
(rakaman dibuat oleh RTM untuk siaran tertunda). Acara penyampaian trofi untuk 18
ANUGERAH CIPTA...
KATEGORI
TELEFILEM - Telefilem Terbaik, Pengarah Telefilem Terbaik, Lakon TV Terbaik.
KATEGORI FILEM CEREKA - Pengarah Harapan, Pelakon Harapan Lelaki,
Pelakon Harapan Wanita, Pelakon Komedi Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak
Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Anugerah Khas
Juri (5 buah trofi untuk Filem Box-Office, Poster Terbaik, dll).
KATEGORI BUKAN PERTANDINGAN - Karyawan Filem Veteran, Seniman
Sepanjang Zaman, Seniwati Sepanjang Zaman.
19 APRIL 2003: Majlis Penutup bermula 8.00 malam. Siaran langsung
ditayangkan oleh TV2. Acara penyampaian trofi untuk 15 ANUGERAH PERDANA...
KATEGORI FILEM CEREKA
- Filem Terbaik (RM25,000), Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki
Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Cerita Terbaik, Lakon Layar
Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penyunting Terbaik, Skor Muzik Terbaik.
LAIN-LAIN KATEGORI - Filem Animasi Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Filem
Dokumentari Terbaik, Filem Iklan Terbaik.
14 FILEM CEREKA YANG BERTANDING: Getaran (2001),
Putih (2001), The
Deadly Diciple (2001), Lagi
Lagi Senario (2001), KL Menjerit (2002),
Anak Mami The Movie (2002),
Idola (2002), Mendam Berahi (2002),
Gerak Khas The Movie 2 (2002),
Embun (2002), Mr. Cinderella (2002),
Mami Jarum (2002), Soalnya Siapa (2002),
Gila-Gila Pengantin (2003).
LAMAN WEB RASMI: http://www.ffm16.com.my
- jadual tayangan filem secara percuma
- pengumuman nama pemenang anugerah
30
Januari 2003
Laman web rasmi Kuala Lumpur World Film Festival 2003
http://www.klwff.com
1999-2002

|