|
2005
2004
2003
2002
Tiada
filemelayu.cjb.net direhatkan
2001
14 September 2001
Anugerah pelakon Terbaik sudah diketahui dalam Festival Filem baru-baru ni, sekarang mari undi pelakon Popular pula dalam
Anugerah Bintang Popular 2001. Laman web
rasmi..
http://abp2001.virtualmalaysia.com
(keputusan akan diumumkan pada 14 Oktober nanti)
5 September 2001
Ellie Suriaty dipilih sebagai Pelakon
Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Cinemaya
(CINEFAN) yang berlangsung di New Delhi, India mulai 26 Ogos hingga 2 September
lalu. Kejayaan Ellie adalah melalui filem pertama lakonannya iaitu filem berbahasa
Inggeris, Spinning Gasing yang akan
ditayangkan pada 18 Oktober depan.
10 Ogos 2001
Festival Filem Malaysia
ke-15: Kemenangan Filem/Pengarah Terbaik sudah dijangka milik Lt. Adnan.
Seri Dewi Malam pula dalam diam mengejutkan dengan anugerah
Cerita/Lakonlayar Terbaik.. sesuatu yang membanggakan. Calon favorite Rosyam Nor tewas di tangan M. Rajoli. Castello tidak segagah mana berbanding Sazali
(bekas samseng) rupanya. Ida Nerina hebat walau dengan watak kecil tapi berkesan. Afdlin dan Erra menang selesa.. kurang mencabar. Rumusan: Lt. Adnan,
Mimpi Moon & Seri Dewi Malam masing-masing 4 anugerah;
Syukur 21, Soal Hati,
Anaknya Sazali & Gerak Khas The Movie masing-masing 2 anugerah;
Sara & Senario Lagi masing-masing 1
anugerah; No Problem, Pasrah &
Cinta Tiada Restu.. TIADA anugerah (Pasrah mendapat pencalonan akhir dalam beberapa kategori termasuk Aktor Terbaik. Cinta Tiada
Restu pula masih menunggu untuk ditayangkan.. nasib akan kurang baik nampaknya. No Problem pula
'tiada masalah' langsung!!).

5 Ogos 2001
Festival Filem Malaysia ke-15
berakhir dengan kemenangan filem Leftenan
Adnan sebagai filem terbaik. Sila lihat senarai penuh para pemenang dalam ruangan
Anugerah. Tahniah!
3 Ogos 2001
http://www.pancadelimatv3.jaring.my
(Laman web rasmi Festival Filem Malaysia ke-15 yang sedang berlangsung di Shah Alam mulai hari ini. Malam kemuncaknya pada 5 Ogos nanti akan disiarkan secara langsung
melalui TV3 dan juga Online di laman web tersebut mulai 9.30 malam. Laman web
tersebut juga menyediakan petikan filem yang bertanding dalam format Windows Media Files.. download!
Lihat
juga senarai calon dan lain-lain lagi..).
14 Jun 2001
Nampaknya Aziz M. Osman ada 3 filem bertanding dalam
Festival Filem Malaysia bulan Ogos nanti - Senario
Lagi, Leftenan Adnan & Seri Dewi
Malam. Kalau Aziz tak bawa balik 2, 3 award, sajalah... Award lain Aziz dah merasa (sutradara harapan, editor, art director dll). Kali ni rasanya Aziz tentu mengidam award pengarah terbaik
(Aziz pernah menang best director dlm Anugerah Skrin saja melalui filem Baginda). Leftenan Adnan taruhan terbaik beliau sejak Fenomena 11 tahun lepas. Kalau tak dapat Best Director
kali ni... hmm.. melepas. Saingan Aziz ialah Yusof Haslam (Pasrah &
GKTM), Eddie Pak (Syukur
21), Shuhaimi Baba (Mimpi Moon), Othman Hafsham
(Soal Hati), Z. Lokman (No Problem -belum tayang), Jack Ad' Din
(Anaknya Sazali) dan Along Kamaruddin
(Sara -belum tayang). Sudah 11 filem mendaftar utk FFM kali ni. Jangan Datuk Yusof
Haslam pulak dapat best director kali ni... (Yusof awal2 lagi dah kalah award box-office kepada Senario Lagi).
2000
17
Disember 2000
Festival Filem Asia Pasifik ke-45 (FFAP) berakhir dengan kejayaan filem
Leftenan Adnan membawa pulang 2
anugerah:
Festival Filem Asia Pasifik ke-45 yang berlangsung di bandaraya Hanoi,
Vietnam selama lima hari berakhir minggu lepas (10/12/2000) dengan kejayaan Malaysia membawa pulang
dua anugerah melalui filem Leftenan Adnan. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik dimenangi oleh Azman Abu
Hassan yang telah berjaya menghidupkan suasana perang dunia kedua dengan jayanya hasil ketelitian
proses pembikinan filem epik perang tersebut. Anugerah tersebut diterima oleh wakil Azman iaitu Hairie
Othman. Anugerah kedua yang dimenangi oleh filem Leftenan Adnan ialah Anugerah Khas Juri yang
diterima oleh wakil dari pihak Angkatan Tentera Malaysia. Tahniah! - khys
6
Disember 2000
Festival Filem Asia Pasifik bermula hari ini. Filem-filem yang bertanding ialah
Bara (Rosyam menang dalam FFM 99, mungkin ada
harapan..), Anaknya Sazali, Leftenan Adnan
(juga ada harapan.. tapi bukan Hairie), Senario Lagi
(filem komedi terbaik??) dan Mimpi Moon (mungkin membuat kejutan?!). Festival ni akan berakhir 10 Disember
nanti, jadi nantikan keputusannya (kalau ada) di akhbar tempatan.. sebab tiada website rasmi (?).
20 November 2000
Local english language film
Spinning Gasing won the NETPAC Award at
the recent Hawaii International Film Festival held from 3 - 19 November.
NETPAC (Network for the Promotion of Asian Cinema) Award is given at major international film festivals to an
outstanding Asian film.
6
November 2000
Filem bahasa Inggeris buatan Malaysia,
Spinning Gasing dan Lips To Lips sedang bertanding dan ditayangkan di
Hawaii International
Film Festival. Semoga mereka berjaya dan semoga
kita dapat menontonnya kelak:
Spinning Gasing dan Lips To Lips
merupakan dua buah filem Malaysia berbahasa Inggeris yang terpilih mewakili negara dalam Festival Filem
Antarabangsa Hawaii yang bermula awal bulan ini dan juga sedang berlangsung
sekarang. Spinning Gasing diarahkan oleh Teck Tan dan Lips To Lips diarahkan oleh Amir
Muhammad juga memulakan tayangan pertamanya (world premiere) di festival tersebut. Lips To
Lips juga merupakan filem digital pertama buatan Malaysia. Semoga mereka yang terlibat berjaya
mengharumkan nama negara dan yang paling penting semoga rakyat Malaysia berpeluang menonton
kedua-dua buah filem tersebut - khys
23 September 2000
Pengarah filem dan pelakon wanita
Erma Fatima membuktikan keupayaan filem Malaysia buat sekian kalinya di arena perfileman antarabangsa
dengan memenangi anugerah Pengarah Filem Terbaik di Festival
Filem Antarabangsa Pyongyang dua hari lepas. Kemenangan Erma adalah melalui filem
Perempuan Melayu
Terakhir. Walau bagaimanapun, Erma tidak dapat menghadiri festival yang berlangsung di Korea Utara itu
kerana terlibat dengan pementasan teater Mambo Horse dan beliau diwakili oleh pelakon lelaki utama
filem tersebut, Eizlan Yusof.
1999
27 November
1999
Rosyam Nor (Lenjan)
won Best Supporting Actor award at the 44th Asia Pacific
Film Festival held in Bangkok, Thailand from 21st to 27th November. This
is the only award won by Malaysia in the recent festival.
8
November 1999
Results for Anugerah Panca
Delima, FFM-14 was announced last night at Syuen Hotel, Ipoh, Perak. Among the winners for the film category are
Jogho (Best Film), U-Wei Saari (Best Director), Khalid Salleh (Best Actor) and Amy Mastura (Best Actress). While for the telemovie category, Erma Fatima won all 3 awards through her TV movie Daerah
Shafika. The most controversial results are for the Promising New Actor & Actress which was won by Eizlan Yusof and Nasha Aziz respectively.

9 Oktober 1999
14th Malaysia Film Festival (FFM-14)
will be held from 5th until 7th November 1999 at Ipoh, Perak. Films that was nominated are:
Puteri Impian, Puteri Impian
2, Senario The Movie, Perempuan Melayu
Terakhir, Penyair Malam, Nafas Cinta,
Lenjan, Silat Legenda,
Bara and Jogho.
There will also be a Telemovie category
where 14 TV drama was nominated.
6 September 1999
Jogho won Best Film in
Anugerah Skrin 98/99 yesterday. This film also
won Best Film Director (U-Wei Saari), Best Film Actor (Khalid Salleh) and Best Film Actress
(Normah Damanhuri). Other winners for the Film category is Rosyam Nor (Best Supporting Actor in Film -
Lenjan) and Nor Aliah Lee (Best Supporting
Actress in Film - Puteri Impian 2).

|